Wednesday, December 26, 2012

MALAM FAKULTI SAINS SUKAN VIGEN

Assalamualaikum dan Hello readers

lihatlah betapa gigihnya aku update blog. sekarang ni nak cerita pasal event malam 20hb iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. amek kau. nama majlis pun dah sebegitu panjang. majlis ni diadakan khas untuk beberapa perkara yang amat penting dan jadi tradisi setiap sem. pertama, sudah pasti untuk meraikan mereka yang berjaya mendapat dean list and for the first class students. kedua, penamaan batch untuk pelajar senior nganga. meaning budak semester dua. nampaknya bukan nganga lagi lah korang iye. ketiga, meraikan pelajar tahun akhir fakulti aku iaitu senior-senior batch Paragon. wuhuu Paragon Love You All. tu tagline diorang. event ni telah diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar Baru, Proton City.

malam tu batch aku telah mendapat tugas untuk membuat gimik perasmian. oh ya, nama bacth aku VITEX. haruslah bagi tahu kan. so gimik perasmian kita orang buat simple but need a lots of support. kitaorang ada buat montage then ada live band gitu. tak pernah lagi buat live band bagai sebelum ni. kamilah pemecah tradisi. serius, bangga jadi budak VITEX. ahaa, kat bawah ada video montage aritu. aku pun ada gak sekejap. sekejap je lah. sebab time shooting aku ada penilaian kelas tarian pula. choi. tapi tak mengapa. its ok its alright come on lah kan.




persembahan live band. pewiit. gila seyh. dah lama tak perform depan audience lebih-lebih lagi yang sebegitu ramai. but we made it. oh my god, seriously i felt in love with the drum. rindu, rindu, rindu nak bergendang-gendut. bila lagilah boleh pergi jamming. anyway, thanks to my batchmate. ashraf as vocalis lelaki. zarulnaim, peso dan ijan as the guitaris. confius dengan gitar gitar ni. yang aku tahu pen main lead. peso main bass. tapi ijan tak tahu pula aku. sorry erk. nasrullah as the drummer. and last but not least niben pemain keyboard. walaupun training empat hari kita boleh lakukan yang terbaik. idea mencurah-curah. idea silih berganti. tu belum kira dengan perosak idea. hahaha. memang kacau betol lah. thanks juga kepada mereka yang sempat captured gambar aritu kalau tak memang takde kenanganlah jawabnya. antara gambar yang terpilih untuk publish dekat blog.





at the back stage. time ni semua nervous. masing-masing buat hal masing-masing. ada yang nyanyi. ada yang imageri drum. ada yang imageri gitar. dan ada juga juga yang menyakat. okay, let me introduce to you the vitex band. from left : zarulnaim, diyana, niben, ashraf and nasrullah. dekat atas dari kanan : peso dan ijan. kami pelajar tahun tiga semester lima.




DIPENGHUJUNG MAJLIS





his name is zarulnaim or we call him pen. sekali dia bersuara, sekali dia bercakap kau akan rasa like wow! he can thinks sampai macam tu sekali.

fyi, the new name for the senior nganga adalah VIGEN. logo batch diorang ni seakan-akan team pendidikan luar aku masa semester satu. ahaa. team jerung. ada juga penyambung generasi jerung ni. anyway, good try adik-adik sekalian. 

Alhamdulillah, akhirnya selesailah majlis pada malam tu. tapi still perform lagi. ehee. mengada betol minah ni.  actually, lepas nyanyi nyanyi tu kitaorang kena pack barang malam tu juga. so, sambil kemas enjoy lah kan. btw, sebelum menamatkan entri ni aku nak ucap tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam dean dan mereka yang berjaya mendapat first class student. always remember dear, result or pointer is just a number. sometime mereka yang pointer tinggi-tinggi tu bukanlah pandai sangat. opss. sorry to say. kadang-kadang mereka ni result gempak tapi budi bahasa takda. kadang-kadang kerja mereka tu bukanlah naik sangat. bila sudah berada diatas yang dibawah langsung tak dipandang. kena beringat, kadang-kadang Allah menguji kita dengan pelbagai macam ujian. jangan terlalu cepat membangga diri. jangan terlalu riak. apa yang kita perolehi semua tu atas kehendaknya. bila bila masa Dia boleh tarik balik semua tu. so, adik-adik beringatlah la ya. Selamat beramal. 


Thanks for reading this.
Keep in touch :)


No comments:

Post a Comment