Showing posts with label Kampus. Show all posts
Showing posts with label Kampus. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Blogging back !


"Ya Allah, may ease my studies & learning process"


I am back to update what happen in my journey. Currently, I am super busy with my study life. My master journey. My tutor journey. So this is my last semester being a part time tutor, since keputusan interview dah keluar. Just waiting for the keputusan penempatan je lagi. Btw, sangat menghargai peluang yang telah diberikan sepanjang perjalanan pembelajaran disini. Tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk menghabiskan perjalanan sarjana. Dalam keserabutan dengan banyak kerja, still boleh layan blog. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat ye kawan-kawan.

Lots of love, Dee.
*maaf for the broken language. sedikit tertekan right now !



Sunday, February 23, 2014

Saya Pelajar Tahun Akhir UPSI


Assalamualaikum & Hi


rasa sekejap je dah nak habis study. tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di UPSI. ini bermakna tahun terakhir untuk aku habiskan study aku. teringat masa mula-mula interview, fitness test, register and masuk kolej. tahun pertama bukan tahun yang mudah untuk dilalui. second year, third year, internship and now in 2014, I'm Final Year Student in Sport Science Education. Alhamdulillah. 

this year is one of the most challenging year for me. banyak perkara yang harus diaturkan. banyak perkara yang harus difikirkan. bukan macam semester lepas lepas. not sure how to face it, but I'm sure I can do it. InsyaAllah. aku yakin aku tidak keseorangan. Kau sentiasa dihati. Kau sentiasa di sanubari. Moga Kau pimpin aku dijalan-Mu. Ya Allah.

Thursday, January 23, 2014

Tips Memilih Ahli Group Assignment

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

hari ini tetiba nak tulis sikit pasal tips untuk memilih ahli kumpulan untuk group assignment. sumpah sentap kalau ada yang terkena. its already nak masuk semester lapan means final sem in the final year. so, ini pesanan untuk adik-adik yang baru nak masuk U, tak pun untuk aku jugak. orang-orang macam ini sentiasa ada di mana-mana. bukan nak kata aku perfect 100% boleh buat semua kerja. tapi at least better daripada yang tak boleh buat kerja langsung. 

okay, ini ada 10 tips. thanks for the bloggers yang sempat observe member and share this. mohon share.

1. Jangan ambik orang yang berlagak diva dan terlalu cantik. Tangan didada, kepala di atas. It’s better sekadar cantik dipandang je. Dalaman tauk.

2. Jangan ambik orang yang tak boleh bagi komitmen kepada group. Maknanya yang tak boleh datang tiap kali adakan meeting and so on. *macam aku je*

3. Jangan ambik anak orang kaya yang gaji parents dia lebih dari RM10,000 sebulan. Sebab dia tak semestinya seorang yang pemurah. Kadang-kadang lagi kedekut dan berkira.

4. Jangan ambik yang ada gf/bf yang terlalu hot. Sebab nanti korang yang akan susah. Bila buat assignment dekat luar, dia asyik nak berkepit je dengan laki bini dia.

5. Jangan ambik kaki kipas/aircond. Meaning yang suka bodek badak lecturer. Sebenarnya bodek ini ok, kalau bodek untuk mendapatkan faedah yang baik kepada group. Tapi masalahnya yang bodek untuk sendiri, ini yang tak tahan. 

6. Jangan ambik orang yang selalu ke overseas. Memang hancur la. Sikit-sikit nak pergi keluar negara. Pastu korang yang akan susah.

7. Jangan ambik orang yang bermulut manis. Sebab apa tau, bila dia tak buat kerja, dia akan pujuk korang sampai korang tak jadi nak marah dekat dia. Then, korang pula kena buat bahagian yang sepatutnya hantu tu buat.

8. Ambik orang yang sekepala sahaja. Kalau yang tak sanggup lepak maple macam korang, jangan ajak. Lainla kalau korang pun jenis yang tak lepak dekat mamak. Tapi aku, semua tempat aku tak kisah.

9. Pilih yang tak pentingkan diri sendiri. Asyik nak dia je yang nak menang. Lepas tu orang lain semua kena mengalah untuk puaskan hati dia.

10. Last sekali, jangan ambik orang lain yang sanggup tikam belakang kawan-kawan dia sendiri. Memang nak makan penumbuk la kan. Depan kita senyum je, belakang kkita cerita bukan-bukan. Memang tak boleh buat kawan la orang macam ni kan.

Thanks for reading. 

Wednesday, October 30, 2013

Susah Nak Add Subjek #mysis

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary


secara kebetulan terbangun ditengah malam sebab teringat nak makan nasi lemak ayam godam. tak makan membazir. amalan syaitan. lepas tu kan aku pun try test lah nak add subjek for next semester. ya, my last semester. final year student. jyeahh ! 

cumanya ada enam jam kredit (6) yang tak dapat nak add sebabya takda dalam list. but its okay. for me, jangan stres stres. hati mesti mau kering. 

to be continue. esok nak pergi sekolah.

Tuesday, June 04, 2013

MALAM FAKULTI SAINS SUKAN #ZEALOUS

almost five in the morning. still can't sleep. too many idea right now dan sangat bersemangat menulis. sorry my dear super duper diary. banyak penambahbaikan dan delete gambar-gambar tak senonoh. bukan gambar sexy tapi gambar tak berapa nak matang. cesss, macam je kau dah matang sekarang. btw, entry ini dibuat khas untuk  aku jadikan memory sepanjang zaman. haha. kalaulah ada senior-senior dulu buat belog fasal malam fakulti diorang boleh tengok sape gempak tak gempak. kikiki. tapi rasanya tak boleh lawan senior legend. daddy, i'm proud of you. you are one of them.

Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan

04.04.2013
Dewan Kolej Ungku Omar
Casual Colour Blocking

that night, aku and friends datang majlis timing memang ngam-ngam. ahaha. tak lambat dan tak juga awal. sampai pun siap disambut oleh junior. wahh, hebat. semester ni, first time kot batch aku tak dapat apa-apa tugas. since semester satu, ada saja job kitaorang dapat dan Alhamdulillah semuanya berjaya diselesaikan dengan jayanya. itulah vitex. tapi bukan nak katalah aku tengok budak junior aku yang tak pernah dapat tugas. agak pelik disitu. macam goyang kaki saja aku tengok. macam mana nak teruskan legasi fakulti nin kalau event malam fakulti tak boleh handle. ish ish ish. bukan nak katalah. takkan nak complain depan-depan kan. since, i have blog so this is my medium untuk aku nak mengkritik ke, suka ke tidak kan. 
then, back to the topic sebab aku dah mengarut dan tak pasal-pasal hilang idea. let's picture tells everything.



presentation result by course
as I know, kitaorang 20 orang satu kelas got first class pointer
tapi entah macam mana analisis mengatakan menurun
suprise, dalam data ada 21 orang. wow! siapakah exchanged student itu?
mesti disebabkan kau result class aku jatuh
memang kau sorang je. rasa nak ...


okay, that lady bukan under fakulti kitaorang
her nama Sarah, dia budak biologi
kesian dekat dia. sepatah haram tak faham ucapan vip, vvip and vvvip
yang kami pula yo yo oo je mendengar



senyum dan tak perlu kata apa-apa
this picture captured time teknikal sound system amat membingitkan telinga
macam bergegar taik-taik telinga aku dengar
i wish next bacth buat preparation and pastikan semua sound system dalam keadaan baik
serius gue boleh pekak !


ha tinggal ini sajalah yang tinggal. yang lain entah kemana. rasanya ada yang datang tapi balik awal. mungkin sakit perut nak berak. cirit-birit or whatever. ya, memang hundred of them sakit perut. and the rest tengah busy siapkan assignment. kitaorang takda assignment pun. sebab dah siapkan assignment awal-awal. rajin kan. rajin kan. ^___^

 


congratulation for the team of senior nganga. zealous. if i not mistaken lah spelling dia. percubaan yang baik dalam menganjurkan program fakulti. good job. good job. btw, aku nak congrats juga kepada mereka yang mendapat anugerah dean list and first class pointer. like always, pointer is just a number. apa sangat yang ada pada a kalau ianya diperoleh dari hasil-hasil mengipas pensyarah or menggedik dan sebagainya. honestly, aku tak respect langsung mereka-mereka seperti itu. kalau pandang pun memang sebelah mata saja weyh. tetiba saja panas hati. Astagfirullah, enough diyana, enough. the end of the story.

keep in touch, DiyanaTjuman

Friday, January 11, 2013

EXAM ARE OVER

Assalamualaikum my dear diary


yaahuuu. Alhamdulillah. finally, hari ni I dah boleh bergembira. melompat. menari. lega dan happy sebab final exam dah habis untuk this fifth semester. jangan jeles uolls. this sem, tiga paper ja, subjek lain tu dinilai from assignment, ppt, microtchg and something like that. sounds great rite. yeah, tiga paper pun bukan senang. nak nak kalau kena baca satu buku, I mean takda spot topic. erk. perlu ke? its okay, semua dah selesai. then selesai ja exam tadi, terus balik kolej dan perut teramatlah lapar. hujan lebat punya pasal malas lah nak beli makan kat kafe. kena lah gagahkan diri untuk tunggu time makan malam. bajetlah sangat. ahaa. act, nak cerita kegembiraan still terpancar pancar dari muka. mootif.

okay. esok kena basuh kain yang dah melambak, pack barang angkut ke bilik store, fuh every semester kena buat benda yang sama. pack itu pack ini.



next.
start for camping's mood.
fuhh. miss that time.

keep in touch, DiyanaTjuman

Wednesday, December 26, 2012

MALAM FAKULTI SAINS SUKAN VIGEN

Assalamualaikum dan Hello readers

lihatlah betapa gigihnya aku update blog. sekarang ni nak cerita pasal event malam 20hb iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. amek kau. nama majlis pun dah sebegitu panjang. majlis ni diadakan khas untuk beberapa perkara yang amat penting dan jadi tradisi setiap sem. pertama, sudah pasti untuk meraikan mereka yang berjaya mendapat dean list and for the first class students. kedua, penamaan batch untuk pelajar senior nganga. meaning budak semester dua. nampaknya bukan nganga lagi lah korang iye. ketiga, meraikan pelajar tahun akhir fakulti aku iaitu senior-senior batch Paragon. wuhuu Paragon Love You All. tu tagline diorang. event ni telah diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar Baru, Proton City.

malam tu batch aku telah mendapat tugas untuk membuat gimik perasmian. oh ya, nama bacth aku VITEX. haruslah bagi tahu kan. so gimik perasmian kita orang buat simple but need a lots of support. kitaorang ada buat montage then ada live band gitu. tak pernah lagi buat live band bagai sebelum ni. kamilah pemecah tradisi. serius, bangga jadi budak VITEX. ahaa, kat bawah ada video montage aritu. aku pun ada gak sekejap. sekejap je lah. sebab time shooting aku ada penilaian kelas tarian pula. choi. tapi tak mengapa. its ok its alright come on lah kan.




persembahan live band. pewiit. gila seyh. dah lama tak perform depan audience lebih-lebih lagi yang sebegitu ramai. but we made it. oh my god, seriously i felt in love with the drum. rindu, rindu, rindu nak bergendang-gendut. bila lagilah boleh pergi jamming. anyway, thanks to my batchmate. ashraf as vocalis lelaki. zarulnaim, peso dan ijan as the guitaris. confius dengan gitar gitar ni. yang aku tahu pen main lead. peso main bass. tapi ijan tak tahu pula aku. sorry erk. nasrullah as the drummer. and last but not least niben pemain keyboard. walaupun training empat hari kita boleh lakukan yang terbaik. idea mencurah-curah. idea silih berganti. tu belum kira dengan perosak idea. hahaha. memang kacau betol lah. thanks juga kepada mereka yang sempat captured gambar aritu kalau tak memang takde kenanganlah jawabnya. antara gambar yang terpilih untuk publish dekat blog.





at the back stage. time ni semua nervous. masing-masing buat hal masing-masing. ada yang nyanyi. ada yang imageri drum. ada yang imageri gitar. dan ada juga juga yang menyakat. okay, let me introduce to you the vitex band. from left : zarulnaim, diyana, niben, ashraf and nasrullah. dekat atas dari kanan : peso dan ijan. kami pelajar tahun tiga semester lima.




DIPENGHUJUNG MAJLIS





his name is zarulnaim or we call him pen. sekali dia bersuara, sekali dia bercakap kau akan rasa like wow! he can thinks sampai macam tu sekali.

fyi, the new name for the senior nganga adalah VIGEN. logo batch diorang ni seakan-akan team pendidikan luar aku masa semester satu. ahaa. team jerung. ada juga penyambung generasi jerung ni. anyway, good try adik-adik sekalian. 

Alhamdulillah, akhirnya selesailah majlis pada malam tu. tapi still perform lagi. ehee. mengada betol minah ni.  actually, lepas nyanyi nyanyi tu kitaorang kena pack barang malam tu juga. so, sambil kemas enjoy lah kan. btw, sebelum menamatkan entri ni aku nak ucap tahniah kepada mereka yang tersenarai dalam dean dan mereka yang berjaya mendapat first class student. always remember dear, result or pointer is just a number. sometime mereka yang pointer tinggi-tinggi tu bukanlah pandai sangat. opss. sorry to say. kadang-kadang mereka ni result gempak tapi budi bahasa takda. kadang-kadang kerja mereka tu bukanlah naik sangat. bila sudah berada diatas yang dibawah langsung tak dipandang. kena beringat, kadang-kadang Allah menguji kita dengan pelbagai macam ujian. jangan terlalu cepat membangga diri. jangan terlalu riak. apa yang kita perolehi semua tu atas kehendaknya. bila bila masa Dia boleh tarik balik semua tu. so, adik-adik beringatlah la ya. Selamat beramal. 


Thanks for reading this.
Keep in touch :)


Saturday, August 13, 2011

Keperluan Masuk Kolej / Universiti

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Hello kawan-kawan :))

Tiba-tiba teringat masa dulu-dulu sebelum masuk kolej. kolej? Bukan universiti? Hurm kalau dekat uni kita tak panggil asrama, kita panggil kolej kediaman. Samalah juga kalau dekat matrikulasi. 


Hah, first time masuk university nih, mesti arh gembira tak terkata. Kalau boleh nak bagi tahu saja dekat orang ramai like : 

“woii korang semua, saya dapat masuk university” 

Tapi bila first juga lah banyak benda yang perlu diuruskan like:
Medical Check-up
Buka akaun Bank Islam ptptn
Bayar yuran Bank Islam resit pembayaran SIMPAN
Photostat segala ic 
Sahkan segala ic dan dokumen
Gambar passport
Lengkapkan segala borang
Beli barang keperluan

*mesti korang rasa sangat terseksa. Tapi kenalah bersabar, kata nak jadi budak universiti*
Anyway pendekkan cerita, saya just nak bantu korang memilih seterusnya membeli barang keperluan
...list disediakan dibawah...

klik and zoom!








Macam mana kawan-kawan.
Tak kisahah macam mana pun yang penting saya memang nak share benda nih.
Tapi, tadalah semua pun korang nak beli like gadjet rumah (photo4)
Beli yang wajib dulu. Yang itu nanti korang settle sesama dengan budak rumah.
slow talk sesama sendiri.
sharing is caring ma.
Anyway yang baik diambil, yang tak baik tu abaikan.

.......

Sekian daripada saya,