Showing posts with label #masterjourney. Show all posts
Showing posts with label #masterjourney. Show all posts

Wednesday, March 23, 2016

Blogging back !


"Ya Allah, may ease my studies & learning process"


I am back to update what happen in my journey. Currently, I am super busy with my study life. My master journey. My tutor journey. So this is my last semester being a part time tutor, since keputusan interview dah keluar. Just waiting for the keputusan penempatan je lagi. Btw, sangat menghargai peluang yang telah diberikan sepanjang perjalanan pembelajaran disini. Tinggal beberapa semester sahaja lagi untuk menghabiskan perjalanan sarjana. Dalam keserabutan dengan banyak kerja, still boleh layan blog. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat ye kawan-kawan.

Lots of love, Dee.
*maaf for the broken language. sedikit tertekan right now !



Wednesday, January 27, 2016

Setinggi mana kau daki



Sentiasa beringat
Tinggi mana pun kita daki
Jauh mana pun kita pergi
Hebat mana pun kerja kita nanti
Pastikan Ibubapa
Sentiasa dihati

terima kasih atas doa restu mammy and daddy
T_T


Wednesday, December 02, 2015

Learning to accept



I am not saying I am perfect or fixed

but I am learning to love and accept myself.

My outlook is more positive and I am happy."

with love, Dee

Tuesday, December 01, 2015

Hello December 2015


Stay positive. 

Stay motivated. 

Stay inspired.




Be accepting and at peace with the past

Be engaged with the present

Be exicited and anticipating for the future

with love, Deeya


Tuesday, October 27, 2015

Sabar dan Doa




"Allah akan berikan kemenangan kepada orang yang sabar. 
Allah juga akan berikan ketabahan kepada orang yang redha. 
Apa yang penting, jangan malu meminta pada-Nya"

Monday, October 26, 2015

Jangan Pernah Kau Putus Asa


Eh kau tahu tak, yang kita selalu rasa hidup ni tidak adil dan tidak selamat. Sebab itu agaknya, kita selalu complain itu complain ini. semua benda tak kena. semua nak salahkan kita, semua nak buat kita rasa sedih. tapi kita kena ingat akan sentiasa ada pihak yang sengaja menunjukkan kebaikkan mereka hanya untuk membuatkan kita rasa berdosa. meraka tak akan berpuas hati selagi kita tak menangis. 

kita selalu dengar orang cakap, sayangilah sesama manusia sampai ke akhir hayat dan jangan pernah menyimpan dendam. biarpun ada yang membenci kita, mengata dibelakang kita, menikam, memfitnah dan sebagainya. memang itu semua diluar bidang kuasa kita sebagai manusia. namun aku adalah orang yang kuat menyimpan perasaan dan berdendam dalam diam. serius aku sangat berdendam. tapi mungkin itu dulu. aku cuba untuk tidak berdendam dengan sesiapa. bukan sebab aku mahu berlagak baik bukan juga alim. tapi apa yang aku mahukan adalah ketenangan dengan melepaskan dendam yang terpendam didalam hati. 

aku juga tidak harapkan kesusahan ini dapat dielakkan sebab itu adalah ujian Tuhan dan Tuhan menguji kita dari bermacam-macam cara. Aku ingiinkan hati dan diri aku kuat dari yang sebelum ini. aku belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka. semoga kesusahan yang diberi membuatkan aku belajar dalam hidup dan memperbaiki diri di hari lain. sesungguhnya kesusahan itu mendorong kita ke arah kebaikan lebih banyak dari kesenangan.



Friday, October 23, 2015

Kau tahu apa itu istidraj?


"Kau tahu apa itu istidraj?"

Tak. Apa dia?

"Dia buat dosa, tapi dia berjaya.
Dia tak solat, tapi cemerlang dalam pelajaran."


semoga kita semua istiqomah dalam melakukan kebaikan
perbaiki diri dan bertaubat dengan dosa-dosa lalu
T.T

Monday, October 19, 2015

Menghapus Jejakmu



"Adakalanya kita perlu terima kenyataan bahawa ada orang diciptakan hanya untuk ada dalam hati dan ingatan. 
Tetapi bukan dalam hidup kita."


Friday, October 09, 2015

Ada lebih baik


Tidak salah untuk memberi komen ke atas sesuatu isu,
tetapi lebih baik kita memberi cadangan untuk penambahbaikan.

bukan dicaci
bukan dimaki
bukan dihina

apa yang aku lihat kini
lebih bersifat menjatuhkan




Monday, October 05, 2015

Pesan pada diri



Pesan pada diri:

Wahai aku. 
Tolong, tolong, tolong
jangan cepat terjatuh hati pada manusia yang salah lagi.
Kesianlah pada hati tu.


Sunday, October 04, 2015

Bila jatuh




Selalu bila jatuh. 
Kita terduduk.
Menangis sepuas-puasnya.
Berdoa.

Tiba-tiba kita dapat kekuatan untuk bangun semula.
Kita sendiri kurang faham.
It was like a magic.

Allah SWT does listen to our prayer.





Source: Google

Friday, October 02, 2015

Kenapa aku selalu diuji



"Kenapa  aku selalu diuji?"

lalu Allah jawab,

"Sebab kau mampu."

Senyum.


Thursday, October 01, 2015

Hello October



Don’t overthink.

It was the Qadr of Allah SWT and it was best for you, that’s all you need to know.

Overthinking is from Shaytaan.

I needed this.

Wednesday, August 19, 2015

Kehidupan di Universiti bukanlah semudah yang disangka

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

musim masuk universiti dah bermula. agak-agak masa mula-mula tu, rasa susah sangat nak apply masuk universiti yang kita nak. takut-takut diorang tak terima pula. so, nak tak nak kita sentiasa usaha lebih time matrikulasi, form 6, diploma dan sebagainya untuk dapat keputusan yang terbaik. pada korang yang diterima masuk universiti, tahniah! bagi yang tak dapat tu jangan bersedih. InsyaAllah akan ada sesuatu yang lebih baik korang akan dapat. :)


ada orang berpendapat, kau kena belajar tinggi-tinggi biar nanti senang dapat kerja. bagi aku semua tu bergantung dengan rezeki orang masing-masing. kadang-kadang kita belajar bukan sebab nak kerja bagus masa hadapan tapi ingin mendapat pengikhtirafan dan kepuasan diri. just mana tahu kita sahaja anak dalam family yang ada degree or master or PhD. Bagi parent bangga sikit. contohnya lah.

tapi bila korang dah diterima masuk sambung belajar di Universiti, janganlah sampai lupa diri sampai tak sedar diri, ter over happy. dapat terima masuk ke Univeristi bukan bererti uolls confirm dapat habiskan apa yang uolls belajar. that means, ada satu lagi cabaran yang tinggi iaitu untuk survive di U.

akan ada juga satu masa nanti korang akan diuji dengan macam-macam masalah. sampai ada masa tu kita nak tidur pun tak lena. what to do? jaga hubungan dengan Tuhan. kuatkan semangat dan tanamkan semangat untuk terus berusaha tanpa henti.

So, for those yang berimpian tinggi, janganlah enjoy yang melebih-lebih. PTPTN tu duit hutang, kena bayar balik. jangan pula ada yang dapat PTPTN terus beli gajet yang mahal-mahal. bagi aku, biarkanlah asal ada dahulu. lainlah kalau memang ada side income lain or memang anak orang berada. yang dapat biasiswa tu tahniah. jadi, manfaatkanlah sebaik mungkin just incase kalau parent tak dapat nak kirim duit bulanan. adalah tabungan sikt-sikit kan. dan yang paling penting, jangan mudah culture shock. just be yourself. jaga diri. jangan membuli dan tidak dibuli.

aku cakap macam aku ni style good-good je kan, semua ni drama dan tulisan semata-mata. aku pun ada juga waktu terleka. tidak menjadi kesalahan pun kalau nak happy dan release tension tapi biarlah berpada-pada. jadi, sementara kita dapat belajar, belajarlah. semester depan akan lebih mencabar lagi dan aku harap aku boleh survive.

doakan saya ya kawan-kawan.

keep in touch, Dian.

#inspiredbyAna

Tuesday, February 17, 2015

Selamat Menjadi Mahasiswa Sarjana

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Lovely Diary Diary


Alhamdulillah ...
masih tetap anak kandung suluh budiman

moga-moga dipermudahkan segala urusan
moga-moga banyak ilmu diperoleh
moga-moga lebih berdikari dan kuat semangat
moga-moga banyak lagi kejayaan diperoleh
moga-moga tidak lupa diri, tidak lupa Pencipta..

doakan ya ...

semua ini hanya dunia semata-mata