Tuesday, May 31, 2011

Sabah: Dulu kamilah pemenang Unduk Ngadau


Sebelum tu, saya nak bagi ajar sikit.
Maksud saya, nak ajar loghat sabahan.
Hehe. Nak tunjuk dekat kamu semua saya ni pandai.
Yang simple-simple ja. 

limpas
*lalu
A  :bulih sia limpas?
     boleh saya tumpang lalu?
B  :limpas di dapan bah
     lalu kat depanlah.

bah
*sebagai kata penguat dan kadang-kadang bermaksud 'ya'
A  :Tolong beli nasi.
B  :Bah.

tuunaa
*kata arah dan tunjuk menggunakan mulut.(bibir dijuihkan atau dimuncungkan).semakin jauh,semakin panjanglah perkataan tersebut diungkapkan.
A   :Mana bapa kau?
      *Ayah awak katna?
B   :Tuuunaaa..
      *Kat situ/Tu.

limpang
*baring.
A   :sia maw limpang-limpang di sini lah.
      *saya nak baring kat sini.

bubut
*kejar
A   :Sia bubut kau sana.
      *Saya kejar awak kat sana.
B    :Janganlah bubut sia.
      *Janganlah kejar saya.

injak
*pijak
A   :Jangan injak kaki sia
      *Jangan pijak kaki saya

nda
*tidak
A   :kau mau makankah?
      *Awak nak makan ke?
B    :Nda la.
       *Tak nak lah.


Ha, sebenarnya saya nak cerita yang ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk post pon. Da agak lama jugak saya tak tengok pesta ni. Kalau dulu masa kecik-kecik tak pernah miss sebab apa? Dulu sekolah kitaorang selalu dijemput untuk buat persembahan tarian sumazau, tarian suku kaum kadazandusun. Memandangkan sekolah saya dulu sangat famous amos dengan tarian ni. Masuk pertandingan ja mesti dapat nombor satu. Sampai sekolah-sekolah lain pun agak gerun join pertandingan. Eya lah, sampai peringkat kebangsaan, kategori sekolah rendah lah. Lima tahun berturut-turut dapat johan since saya darjah dua hinggalah darjah enam. And sambung pula dengan generasi adik saya bertahan selama dua tahun. Memang tak boleh nak tanding dengan akak dia. Kikiki. Hurmm betapa keciknya saya masa tu. So, nampak tak keayuan saya dekat situ? Hihi. Bukan senang tau nak jadi penari ni. Banyak benda yang perlu dipelajari dan saya sangat bertuah kerana pernah belajar tarian tu. Terima kasih Cikgu! Specially to Puan Rosemay Chan Boik (Mantan Guru Besar) and Puan Johana Kong (PK Koku).




Salah satu news yang saya rajin nak scan. Okay untuk menunjukkan saya ingat rakan-rakan penari dulu saya listkan balik nama diorang
Dari kiri : Norjali, Mastina, Fredyster, Diyana (saya), Badri, Rosniza.

Yeah, i remember okay. Ni bermakna daya ingatan or memori jangka masa panjang saya masih berfungsi dengan excellent. 


Nak tahu mana saya. Sila cari budak yang kelihatan sedikit mengada-ada tapi cute. :))
itulah saya.

p/s: Saya bangga kerana pernah mengaharumkan nama sekolah since sekolah rendah. I Love SK Kituntul Ranau.





No comments:

Post a Comment