Assalamualaikum dan Hello readers
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya berkongsi kegembiraan sekali lagi. Macam semester semester lepas, kebiasaannya aku suruh orang lain yang buka result aku tu. Alhamdulillah pointer kali ini naik walaupun tak macam awal semester dulu. Kata orang, itu sudah baik sebab ada orang dapat lagi tak elok daripada kau. Okay. Think positive.
Sebenarnya, apa motif aku post entry nak bagi tahu pointer pointer semua ni. Eyalah nanti mesti ada yang terdetik dalam hati. Eih perempuan ini, mengada betul nak bagi tahu satu dunia dia dapat ... dan seterusnya. Aku post pun saja untuk suka suka. Tapi ada ke yang nak fikir camtu. Entah entah yang baca entri nih pun takda. Hehehe =D
semester tiga
.
.
.
Short story : Mula-mula bila dapat tahu result, call mummy. Excited juga bagi tau. Sebab? Aritu exam belum start tapi mummy sudah kecoh call banyak kali tanya result terbaru dapat berapa. Nak tergelak juga. Entah dah berapa kali mummy call. Kesimpulannya, this is for you mom. Also for you daddy. Love you. Terima kasih juga pada mereka yang turut mendoakan kejayaan saya tak kiralah akademik, sukan atau sebagainya. Terima kasih atas sokongan kamu. Terutamanya Mom and Dad, adik-adik, macik pacik, sepupu sepapat, kawan kawan juga tidak ketinggalan si dia yang juga disayangi. *wink* Dan yang Maha Kuasa atas segalanya Allah swt. Semester ni merupakan sem yang lebih mencabar daripada sem sem lepas. Alhamdulillah semua masalah dapat diselesaikan dengan baik. Cuma ada beberpa perkara yang perlu diperbetulkan lagi. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Nota kaki : sekejap saya sekejap aku. :)
2 comments:
woww! excellence! tahniah!
terima kasih Mohd Salehin.
Post a Comment