Monday, November 11, 2013

Cara Buat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - Kognitif

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Diary Online

okay. first of all. semester latihan mengajar sudah selesai. lepas ni takda dah orang nak doakan kesejahteraan setiap hari. selalunya dengar juga murid-murid ucap,"assalamualaikum cikgu", "selamat sejahtera cikgu", sometimes tu ada lah juga students cakap "annyeong haseyo". haha. tapi lepas ni no more no more. kena lah tunggu posting. dear students, kenanglah daku dalam doamu. ahaa. btw, later nak upload gambar-gambar masa praktikum. budak-budak sekolah ni dah bising nak gambar. nasiblah dapat cikgu yang lambat nak post gambar. tunggu lah tahun depan. hahaha (^__^) okaylah, nak share serba sedikit tentang domain kognitif Taksonomi Bloom dan cara nak buat jadual spesifikasi ujian or yang student student kpd sibuk duk sebut jsu jsu tu. actually, aku bukanlah hebat sangat dalam bab bab ini tapi sekadar nak share apa yang aku belajar masa ambil subjek kpd dulu. credit to lecturer aku, encik izwan. cikgu diyana in the house :) semoga faham. bhahaha.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun  dari  aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini diperkenalkan pada  tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. klik SINI untuk maklumat tentang setiap domain.
perkaitan domain Kognitif Taksonomi Bloom
dengan Jadual Spesifikasi Ujian
-fokus kepada subjek pj-
piramid diatas ialah domain domain yang hendak dinilai.
semakin keatas maka semakin tinggilah aras penilaian tersebut.
ini bermaksud domain pengetahuan adalah aras yang paling rendah dalam domain kognitif.
apa pula bilangan peratus dekat tepi tepi tu?
yang itu adalah wajaran yang diletakkan dalam ujian or peperiksaan
biasanya wajaran untuk subjek pj adalah 100%
lecturer bagi dalam bentuk nisbah, then kira sendiri peratus nya
jadi jangan tanya tau macam mana dapat nisbah tu. dah encik lecturer bagi macam tu.
lupa nak tanya dia macam mana dapat nisbah tu.
yang ni pula bilangan soalan bagi setiap domain
macam mana boleh dapat bilangan soalan macam tu?
andaikan jumlah soalan ada 40 semuanya. 
ambil calculator kira sendiri, nak congak pun boleh
|
|
\/ 
wajaran + bilangan soalan


JOM BELAJAR !
Jadual Spesifikasi Ujian - Kognitif
fokus dalam pj: sukan & permainan

1. ambil kertas, pen dan pembaris. buat jadual diisi lengkap dengan domain kognitif penilaian
2.  isikan kotak kandungan berdasarkan tajuk tajuk yang dipelajari.
senang senang rujuk dekat sukatan matapelajaran or huraian sukatan pelajaran (hsp)
3. domain kognitif -> isi kandungan pelajaran -> bilangan wajaran setiap domain.

4. letakkan nombor soalan
kena follow wajaran dan bilangan soalan macam yang dekat atas atas tadi
so, uolls kena rajin rujuk buku teks bila nak letak soalan tu

sebagai contoh dalam jadual diatas, soalan 1 berkaitan dengan sejarah sukan bola jaring.
perlu diingatkan soalan tu hendaklah berkaitan dengan domain pengetahuan. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.

tadaa ! jadual dah siap.
tapi perlu diingatkan yang ni contoh sahaja.
sila rujuk buku semasa mengisi jadual.
untuk lebih maklumat sila berhubung dengan lecturer masing masing
(^_____^)

jadual dah siap. lepas tu boleh lah teruskan dengan proses membina dan menyediakan soalan. kalau dalam pj soalan boleh berbentuk item betul / salah, item padanan dan item aneka pilihan. jangan lupa sediakan skema jawapan sekali. sekian sahaja daripada saya. selamat ber"JSU".

keep in touch, DiyanaTjuman
special for Angelica

No comments:

Post a Comment