Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Diary Online
macam good good je aku ni siap nak bagi tips bagai. anyway aku yakin ramai antara kita yang selalu sangat ada problem bila nak pakai tudung like gelembung lah, berombak lah, senget lah, kekadang tu lembik pula dan macam-macam lagi lah yang boleh buatkan uolls rasa tak selesa plus kurang cun dan tak kompiden pada hari tuh. mau puluh kali masuk toilet semata-mata nak tengok cermin betulkan tudung. selalunya kalau uolls ada masalah macam ni, mesti uolls akan ambik masa yang lama dekat depan cermin tuh. kalau tak sabar boleh siap menyumpah serana. pengalaman aku lah bila tengok orang yang pakai tudung siap maki hamun. nak tegur pun jadi tak berani kang kena pula.
kalau dulu zaman sekolah selalu guna lilin untuk keraskan tudung sekolah. masa tuh lilin sangat berharga. kalau blackout dekat rumah pun aku sanggup tak nak bagi lilin yang aku ada semata-mata untuk tudung keraskan tudung. in case cukup-cukup untuk aku lah. tapi lain cerita masa sekolah agama. siap guna plastik transparent yang buat cover buku folio tuh ha. potong plastik tu lepas tu selitkan dalam tudung. selalunya yang buat benda-benda macam ni adalah budak-budak gojes di sekolah. biasalah zaman budak-budak, orang buat macam tu kita pun nak try. nak-nak pula kita tengok budak gojes pakai kiut je.
tapi sekarang ni dah tak pakai lilin. dah tak pakai plastik transparent tu juga. sekarang pakai fabric starch. mula guna since 2011 tak silap aku. kesannya aku addicted dengan spray ni.
oh ! mr muscle!
|
|
\/
Mr Muscle Kiwi Kleen Fabric Starch
first time sampai gerik memang takda jual benda ni
dekat the store pun takda. haih ! sekarang dah ada jual tapi mahal
so, aku jumpa lah dekat kedai ysk (orang-orang gerik mesti tau katna)
Cara menggunakan fabric starch
1. Goncangkan tin spray setiap kali sebelum digunakan.
2. Lepas tu kalau nak spray jangan nak spray bagai nak rak. agak agak secukup rasa
3. Iron bahagian yang di spray hingga kering.
4. Please beware bila fabric tersebut berwarna hitam, sebab kadang-kadang akan kelihatan lilin yang terhasil masa uolls duk iron tu. ehh lilin ke starch ea
5. Then pasangkan tudung dan bentuk mengikut cita rasa uolls. tapi jangan lupa baca bismillah dulu ye. supaya proses memakai tudung dipermudahkan :)
tengoklah. tengoklah tudung kite.
even dah kena angin-angin pun still mudah nak betulkan semula
selamat mencuba
(^___^)
keep in touch, DiyanaTjuman
8 comments:
SALAM .. HAI BOLEH TOLONG BELIKN PRODUCK INI X..?? SY BNK IN DUIT...
Waalaikumsalam. Syg, dah try cari dekat kedai2 berdekatan ke?
kat sini takde jual lagi starch tu.. merate cari,tak jumpe... huhu :(
assalamualikum.. nk tnya.. awk bli d mana ya? sy org tuaran, dah cri di kedai area tmparuli & tuaran tp x da..
salam..saya ade jumpa starch baru..tp bukan brand kiwi kleen..brand lain..ok lah saya gune semenjak kiwi kleen dah xde ni..kalau nak saya belikan boleh lah email fatinummi91@yahoo.com
kat YSK ade? aritu cari xjmpa ponnn
eyalah kot. ni entry 2013 plus tak duduk gerik dah.
Post a Comment