Thursday, January 23, 2014

Tips Memilih Ahli Group Assignment

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

hari ini tetiba nak tulis sikit pasal tips untuk memilih ahli kumpulan untuk group assignment. sumpah sentap kalau ada yang terkena. its already nak masuk semester lapan means final sem in the final year. so, ini pesanan untuk adik-adik yang baru nak masuk U, tak pun untuk aku jugak. orang-orang macam ini sentiasa ada di mana-mana. bukan nak kata aku perfect 100% boleh buat semua kerja. tapi at least better daripada yang tak boleh buat kerja langsung. 

okay, ini ada 10 tips. thanks for the bloggers yang sempat observe member and share this. mohon share.

1. Jangan ambik orang yang berlagak diva dan terlalu cantik. Tangan didada, kepala di atas. It’s better sekadar cantik dipandang je. Dalaman tauk.

2. Jangan ambik orang yang tak boleh bagi komitmen kepada group. Maknanya yang tak boleh datang tiap kali adakan meeting and so on. *macam aku je*

3. Jangan ambik anak orang kaya yang gaji parents dia lebih dari RM10,000 sebulan. Sebab dia tak semestinya seorang yang pemurah. Kadang-kadang lagi kedekut dan berkira.

4. Jangan ambik yang ada gf/bf yang terlalu hot. Sebab nanti korang yang akan susah. Bila buat assignment dekat luar, dia asyik nak berkepit je dengan laki bini dia.

5. Jangan ambik kaki kipas/aircond. Meaning yang suka bodek badak lecturer. Sebenarnya bodek ini ok, kalau bodek untuk mendapatkan faedah yang baik kepada group. Tapi masalahnya yang bodek untuk sendiri, ini yang tak tahan. 

6. Jangan ambik orang yang selalu ke overseas. Memang hancur la. Sikit-sikit nak pergi keluar negara. Pastu korang yang akan susah.

7. Jangan ambik orang yang bermulut manis. Sebab apa tau, bila dia tak buat kerja, dia akan pujuk korang sampai korang tak jadi nak marah dekat dia. Then, korang pula kena buat bahagian yang sepatutnya hantu tu buat.

8. Ambik orang yang sekepala sahaja. Kalau yang tak sanggup lepak maple macam korang, jangan ajak. Lainla kalau korang pun jenis yang tak lepak dekat mamak. Tapi aku, semua tempat aku tak kisah.

9. Pilih yang tak pentingkan diri sendiri. Asyik nak dia je yang nak menang. Lepas tu orang lain semua kena mengalah untuk puaskan hati dia.

10. Last sekali, jangan ambik orang lain yang sanggup tikam belakang kawan-kawan dia sendiri. Memang nak makan penumbuk la kan. Depan kita senyum je, belakang kkita cerita bukan-bukan. Memang tak boleh buat kawan la orang macam ni kan.

Thanks for reading. 

2 comments:

Shasha Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Shasha Anuar said...

Diyana, sy pernah tkena yg no.7 tu, lpas jak kejadian tu btembung dgn dia pn sy xmau hahaha.. Yg pasti tips di atas ni mmng membntu =)

Post a Comment