Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Wednesday, February 05, 2014

Nur Lembah Lenggong Training Village

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

selamat datang ke dunia cabaran
ada bran??


throwback. berkesempatan melawat Perkampungan Latihan Rekreasi Nur Lembah Lenggong. what can I say. this place was so natural. persekitaran yang mendamaikan dan mampu menenangkan fikiran. suasana damai seperti inilah yang aku idamkan, jauh dari kesibukkan kota. I wish someday dapat datang sekali lagi for satu dua malam. nak juga rasa overnight dekat tempat ni. memang betullah sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat dihati. 


"Dekat di Mata, Lekat di Hati"
Team Building, Training, Motivation and Recreation

seketika berada di tapak kem Nur Lembah Lenggong Training Village. perjalanan mengambil masa 30 minit dari Kuala Kangsar untuk sampai ke destinasi. boleh google map. kedudukannya agak tersorok yang mana berada didalam ladang kelapa sawit dan ditepi sungai perak. tapi siapa sangka, tempat ini terletak dipinggiran kota yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika, sungai perak dan suasana kehijauan. sejuk mata memandang. tak rugi datang singgah apalagi kalau bercuti disini.


kononnya aku nak seberang ke pulau sebelah tapi memandangkan aku tengok keadaan sungai yang macam laju arusnya tak jadilah nak seberang. plus, masuk tanpa izin pula tu. silap haribulan boleh kena tembak main terjah sesuka hati. sorry, hari tu masa kitaorang datang tak nampak sorang pun dekat situ. mungkin sebab timing datang tu bulan puasa kot. 

focus pulau dekat seberang tu. nak pergi situ sebenarnya. :(

yang ini my cousin. hehe.
asyik. asyik yang keluar gambar aku je dari tadi.

baiklah daripada pembacaan yang aku buat, boleh tahan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini like berkayak, berakit, jungle trekking, obstacles, aktiviti tali flying fox *love it, love it*, menyusuri jambatan gantung, main perang-perang and more... 

for those yang meminati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan hujan tropika ini bolehlah ke websites diorang just click, Nur Lembah Lenggong. penggemar rekreasi luar juga boleh buat aktiviti-aktiviti dekat sini. beside, dekat tempat ini juga menawarkan macam-macam pakej yang menarik, kemudahan-kemudahan untuk pengunjung dan pelanggan dan banyak lagi. 

i wish someday, aku dapat berkunjung lagi dekat tempat ni. i wish.


Saturday, October 19, 2013

Betong, Thailand

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat

for the third times, aku tak balik kampung. it's okay sayang, kata mammy. nanti sudah habis belajar nak sambut apa pun boleh. and tak sabar nak buat family day every week macam dulu. rindu nak booking swimming pool. rindu nak berenang. rindu nak memancing. rindu nak memanggang. nak je upload gambar tapi zaman tu aku masih zaman jahiliyah. you know what i mean right.

baiklah memandangkan sekarang sudah masuk hari sabtu. motif ? hari ini hari cuti dan aku nak tulis cerita jalan-jalan di Betong, Thailand raya hari tu . Betong ni terletak dekat dengan sempadan daerah Pengkalan Hulu dan tidak jauh dari tempat aku berpraktikal. sebenarnya tak plan pun nak ke sana. kebetulan hari tu bestfriend kita ajak datang rumah makan laksa. ya, laksa. aku hantu laksa. then, suddenly dia cakap, jom hari ini kita jalan dekat Betong. awalnya tu tak percaya juga sebabnya dia selalu main tipu-tipu. tapi bila sampai rumah mak dia cakap, nak pergi luar negara. weee dalam hati, bestnya ! 

passport ? passport kita tinggal kat damansara tapi dont worry katanya, sempena hari raya ni, masuk free ! maksudnya boleh lepas Imigresen Malaysia and Imigresen Thailand dengan jayanya without passport. tapi seram sejuk juga, eyalah masuk Thailand kot. kena tembak free free mati katak. ishhh ! mulut kau . anyway, thanks to my bestfriend cause bawa kita dan sepupu kita berjalan-jalan diluar negara :) feeling foreigner. bhahaha.

ha, kalau nak ambil gambar macam ni kenalah lepas Pihak Imigresen Malaysia dulu :)

PEKAN BETONG, THAILAND

sampai dekat pekan encik driver, terus park kereta then jalan-jalan cari barang. tapi ayat yang sesuai untuk student macam aku ni jalan-jalan cuci mata. tengok, pegang, tanya harga then blah. lepas tu masuk kedai lain buat benda sama. hahaha. 


seterusnya masuk pasar tani. apa lagi nak cakap, samapi pasar pun kami check in okay. then, bila tengok sayur-sayur yahg macik pacik jual dekat situ sungguh aku rindu kampung halamanku. kalau dikampung sayur-sayuran semua murah-murah. kadang-kadang tu siap dapat free lagi. oh, sungguh aku rindu Ranau. 


 

inilah kawasan pekan
Betong, Thailand
peniaga dekat sini faham dan ada yang fasih bahasa melayu, so dont worry
kau cakap ja, minta kurang harga, nego-nego, dia faham juga :)

BETONG MONGKOLLIT TUNNEL

 

 
 
 

jalan-jalan dekat depan sikit jumpa ayam besar dekat bawah tu ha
lepas tu apa lagi gambar and grab cepat-cepat sebelum ramai orang datang serbu.
:)

"tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
besar juga taji ayam tu. hehe




BETONG PUBLIC STADIUM


bila jadi budak sport maka tempat sport jugalah dibawanya
bestnya tengok track, macam dekat ranau
tapi kan yang turun jog pun aku tengok orang tua-tua saja
orang  muda cuma beberapa kerat

 

act, aku nak tangkap gambar dekat arca
KATAK & KURA-KURA
tapi budak-budak dan bapa budak
duduk lepaklah pulak
aissshhh !
dari jauh pun jadilah, dah macam budak jugak !


ni bunga kebangsaan
MALAYSIA


TAMAN - TAMAN BETONG
bagi nama sendiri :D


gambar suka-suka hokay, takda kaitan dengan apa-apa


memaksa cousin untuk bergambar bersama
tetiba pula dia malas nak bergambar


inilah dia budak Thai
sangat sporting. hormat orang tua *eh tua kah ?
siap salam cium tangan dekat member kita


still dekat area stadium, was just near the taman-taman betong
alaa sebelah-sebelah gitulah
alright, sampai disini sahaja diari bergambar for today.


thanks kepada bestfriend and the family yang bawa saya and cousin
pergi berjalan-jalan ke luar negara.
(^_____^)

keep in touch, DiyanaTjuman
*sangat lemah & nak tidur*