Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Hari Jadi Yang Ke 22

Assalamualaikum, Hi
My Super Duper Diary Online


maka genaplah sudah empat bulan dari tarikh ulang tahun kelahiran tahun ini. baru berkesempatan untuk membuat entri hari jadi yang ke 22. alhamdulillah atas doa-doa yang didoakan untuk saya. ucapan semakin tahun semakin naik usia. semakin ramai yang ucap, doa yang baik-baik untuk saya. terima kasih, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian itu. jasa mendoakan saya.

terima kasih buat mammy and all of the family members yang wish for my birthday. dear buddies eqah and nanie, kita buddies takkan terpisah. terima kasih. buat kesayangan, terima kasih walaupun bukan yang pertama =) and last but not least buat teman-teman di facebook baik melayu, india, cina, sabah dan sarawak a million of thanks for the wishes.


terima kasih atas hadiah-hadiah. kek cawan. sukaneka tradisional dan macam-macam jenis pemberian. tak lupa juga thanks to the suprise laptop, pecah masuk bilik, puan pejabat seri harmoni, encik afiq serta pejabat polis (nyaris-nyaris). apa kes pula tetiba nak call polis time tu? baru tahu cuak? 

   

"tidak pernah ku rasa perasaan yang begini..."

sebenarnya saya kurang suka sambutan ulang tahun hari lahir untuk saya sendiri tapi saya suka buat kejutan untuk orang. this is the last birthday celebration as degree student. InsyaAllah master menyusul jika diberi peluang. doakan saya dapat ptptn free and got scholarship for my futher study ya kawan-kawan.

keep in touch

Tuesday, October 22, 2013

blog diyanatjuman sudah hancur



diyanatjuman.blogspot.com
is
BROKEN




tak mengapa, jadikan setiap masalah sebagai motivasi
maka selepas ini aku perlu lebih rajin untuk buat maintainance keatas semua yang telah rosak.
oh ! mohon perhatian,
sila berhati-hati bila nak delete gambar dekat picasa web.



Sunday, October 20, 2013

Sayang, Hadapilah Hidup dengan Tabah

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online

setiap dari kita pasti menghadapi bermacam-macam masalah. tak kesahlah apa jenis masalah pun sakit ke, kehilangan ke, takda duit ke even berak keras pun masalah hokay ! tapi main point dia dekat sini manusia mana yang tiada masalah. just keep calm and relax. that kind of masalah akan buat kita lebih kuat seperti tiger. 

sayang
sayang
sayang
kita tak dapat lari dari ujian yang mendatang tapi 
kita seharusnya perlu bijak menangani masalah dengan sabar. 
tak nak lah stress-stress.
manusia mana yang tiada masalah

keep in touch, DiyanaTjuman

Saturday, October 19, 2013

Betong, Thailand

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat

for the third times, aku tak balik kampung. it's okay sayang, kata mammy. nanti sudah habis belajar nak sambut apa pun boleh. and tak sabar nak buat family day every week macam dulu. rindu nak booking swimming pool. rindu nak berenang. rindu nak memancing. rindu nak memanggang. nak je upload gambar tapi zaman tu aku masih zaman jahiliyah. you know what i mean right.

baiklah memandangkan sekarang sudah masuk hari sabtu. motif ? hari ini hari cuti dan aku nak tulis cerita jalan-jalan di Betong, Thailand raya hari tu . Betong ni terletak dekat dengan sempadan daerah Pengkalan Hulu dan tidak jauh dari tempat aku berpraktikal. sebenarnya tak plan pun nak ke sana. kebetulan hari tu bestfriend kita ajak datang rumah makan laksa. ya, laksa. aku hantu laksa. then, suddenly dia cakap, jom hari ini kita jalan dekat Betong. awalnya tu tak percaya juga sebabnya dia selalu main tipu-tipu. tapi bila sampai rumah mak dia cakap, nak pergi luar negara. weee dalam hati, bestnya ! 

passport ? passport kita tinggal kat damansara tapi dont worry katanya, sempena hari raya ni, masuk free ! maksudnya boleh lepas Imigresen Malaysia and Imigresen Thailand dengan jayanya without passport. tapi seram sejuk juga, eyalah masuk Thailand kot. kena tembak free free mati katak. ishhh ! mulut kau . anyway, thanks to my bestfriend cause bawa kita dan sepupu kita berjalan-jalan diluar negara :) feeling foreigner. bhahaha.

ha, kalau nak ambil gambar macam ni kenalah lepas Pihak Imigresen Malaysia dulu :)

PEKAN BETONG, THAILAND

sampai dekat pekan encik driver, terus park kereta then jalan-jalan cari barang. tapi ayat yang sesuai untuk student macam aku ni jalan-jalan cuci mata. tengok, pegang, tanya harga then blah. lepas tu masuk kedai lain buat benda sama. hahaha. 


seterusnya masuk pasar tani. apa lagi nak cakap, samapi pasar pun kami check in okay. then, bila tengok sayur-sayur yahg macik pacik jual dekat situ sungguh aku rindu kampung halamanku. kalau dikampung sayur-sayuran semua murah-murah. kadang-kadang tu siap dapat free lagi. oh, sungguh aku rindu Ranau


 

inilah kawasan pekan
Betong, Thailand
peniaga dekat sini faham dan ada yang fasih bahasa melayu, so dont worry
kau cakap ja, minta kurang harga, nego-nego, dia faham juga :)

BETONG MONGKOLLIT TUNNEL

 

 
 
 

jalan-jalan dekat depan sikit jumpa ayam besar dekat bawah tu ha
lepas tu apa lagi gambar and grab cepat-cepat sebelum ramai orang datang serbu.
:)

"tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
besar juga taji ayam tu. hehe




BETONG PUBLIC STADIUM


bila jadi budak sport maka tempat sport jugalah dibawanya
bestnya tengok track, macam dekat ranau
tapi kan yang turun jog pun aku tengok orang tua-tua saja
orang  muda cuma beberapa kerat

 

act, aku nak tangkap gambar dekat arca
KATAK & KURA-KURA
tapi budak-budak dan bapa budak
duduk lepaklah pulak
aissshhh !
dari jauh pun jadilah, dah macam budak jugak !


ni bunga kebangsaan
MALAYSIA


TAMAN - TAMAN BETONG
bagi nama sendiri :D


gambar suka-suka hokay, takda kaitan dengan apa-apa


memaksa cousin untuk bergambar bersama
tetiba pula dia malas nak bergambar


inilah dia budak Thai
sangat sporting. hormat orang tua *eh tua kah ?
siap salam cium tangan dekat member kita


still dekat area stadium, was just near the taman-taman betong
alaa sebelah-sebelah gitulah
alright, sampai disini sahaja diari bergambar for today.


thanks kepada bestfriend and the family yang bawa saya and cousin
pergi berjalan-jalan ke luar negara.
(^_____^)

keep in touch, DiyanaTjuman
*sangat lemah & nak tidur*

Monday, October 14, 2013

Hari Kantin & Hari Kokurikulum 2013

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

hey diary ! aku rasa nak tulis cerita tentang hari kantin and hari koku dekat sekolah hari itu. takut terlupa kalau ditangguh - tangguhkan. anyway aku berkesempatan nak join hari kantin and the most aku tunggu - tunggu was the hari kokurikulum. but the sad things was aku diletakkan di bawah jawatankuasa pengacara majlis. haihhh ! sungguh memberontak you know hati ni. andai saja bukan hari kokurikulum takda lah aku gila meroyan. ahaa. apakah ? nak buat macam mana hari kantin dan hari ko selalunya ditetapkan pada hari yang sama. arghhhh ! tapi kan tapi kan. aku follow semua aktiviti - aktiviti sukan hokay ! aku bukan jenis duduk diam. lagi - lagi bila ada orang nak minta tolong tapi syaratnya kena minta elok - eloklah. kenalah minta dengan cara yang beradab. jangan jadi egois. bukan aku yang cakap, member aku yang sorang lagi  tu cakap macam tu. ehh motif aku cakap macam ni. abaikan.

okay, cuba perhatikan gambar dibawah. hoyeh. hoyeh. jom ikut saya buat line padang ! ukur, tanda, angkat tong, tuang minyak, gelek jangan tak gelek. best juga main kereta sorong beroda berminyak tu. ehee. mahu je aku buat nama dekat padang tu, nak bagi tahu. hehehe. tak payah nak show-off lah diyana weyh. akhirnya terciptalah dua court futsal padang di smkg. weee. muka, tangan gelap aku tak kesah tapi yang aku kesah kasut kesayangan hamba terpercik dek minyak hitam tu. ouchh ! basuh sental dan sental pun tak tanggal. nampaknya biarlah ia menjadi tanda kenangan cikgu ehhh. 

cuba tengok. serabai tak serabai aku hari tu.
kalau bukan cikgu pj bolehlah cakap senang saja jadi cikgu pj ni.
cuba try meyh. nak tengok senang tak senang.
fyi, padang futsal juga merupakan salah satu bbm yang digunakan dalam pnp.
haha.
oh ya, encik baju turqouise dekat sebelah aku tuh adalah encik guru pembimbing.

TEACHING SOFTBALL =)
before


siapa tahu apa itu sukan sofbol?
"tak tahu cikgu"
pernah tengok kartun doraemon tak? *sambil angkat gambar kartun doraemon size A4*
"ohhhhhhh ! yang giant, sunio, nobita selalu main dekat padang petang - petang tu ke cikgu?"
*cikgu tanya siapa pernah tengok kartun doraemon*
anyway, dalam kartun doraemon tu diorang main besbol bukan sofbol.


untuk memudahkan murid-murid ni faham tentang permainan sofbol bukan mudah. perlu start from zero and of course I have to start from the history, how, when, where and so on. kau ingat senang. main bagi bola terus main pukul-pukul. keselamatan perlu diutamakan. I have to start from how to wear that weird glove. ya, weirdo for the beginner. nampak macam kau boleh cakap, alaa kacang goreng je. aku tahu ada yang berkata sedemikian. tipulah takda. so aku kena bermula dengan cara nak pakai glove, teknik pegang bola, teknik pass and catch, teknik pitching and last but not least the rules. kesian dekat students banyak benda kena catch up. apa yang aku perlu buat ialah bawa bbm agar mereka lebih mudah untuk faham. jadinya, amat mustahil pula bila ada students yang langsung tak dapat catch up pnp hari itu because every time three to five mins before tamat pnp aku akan buat reflection of what they have learn that day. most of them sporting, kalau faham diorang akan cakap faham dan kalau tak faham diorang akan cakap tak faham. kalau kelas tak best pun diorang akan cakap okay ! 

TEACHING FUTSAL =)


samalah ceritanya dengan cerita mengajar sofbol tadi. everything kena start from zero. kosong, kosong. sejarah, bola futsal, gelanggang, teknik hantar, teknik terima, peraturan dan undang-undang and so on. biar skema asalkan murid-murid dapat apa yang diajar hari itu. bukan 100% yang dikejar. tapi aku pasti almost of the tnl diorang dapat. kebanyakkan diorang minat main futsal cuma malu dan takda orang nak ajar. jadi aku pun menjadi cicakman yang datang membantu mereka untuk minat dengan sukan. hehe. takda kaitan langsung. oh ya, gambar diatas diambil sewaktu dalam perjalanan balik jalan kaki. yang kepala besar gedabak tu bergambar dengan students form one. yang saiz badan lebih kurang tu bergambar dengan students form four. memang nampak lebih kurang saja kan ? *ada pekerja restoran tanya, baru lepas ambil paper pmr ke ni adik ? bhahaha*

HARI KANTIN & HARI KOKURIKULUM SMKG 2013

sebelum acara bermula, haruslah masuk kelas. pot pet pot pet. "cikgu, kami kena ambil kupon sekarang." laa, kenapa tak cerita kat cikgu awal - awal. sat na nak ambil gambar dulu. tambah tolak campur. habis waktu pnp tepat pada masanya. hahaha. cikgu sorang lagi tu join sekaki. malu murid-murid aku hang tahu dak.

 


emcee of the day. pengacara majlis. deejay. yang tak berapa nak menjadi. bhahaha. tapi aku sahut cabaran. takda hal lah. dari padang ke protokol gua okay babe. kalau dia suruh nyanyi ke menari ke gua takda hal. gua on zumba babe. hihihihi. millions thank kepada teacher savina, akak yati, cikgu - cikgu yang membantu serta mengajar secara langsung dan tak langsung juga tak ketinggalan kepada murid - murid cikgu yang sporting habis tu. best juga melayan karenah students dekat khemah urusetia. hehe. btw, dear junior yang datang buat kajian dekat sekolah kita hari itu. good luck, dear ! :)

first - gila gila korea song
second - my junior of the sport science and coaching faculty
third - lovely teacher savina <3

my team kecik
JOHAN
tahniah anak-anak!

team futsal form 4


terima kasih juga kepada murid -murid yang bagi cikgu diorang ni macam - macam makanan and minuman. yang dekat bawah ni makanan dibawa balik ke rumah. lain-lain dah makan semasa sedang bertugas. hehe. thanks u'olls. love you ! penulisan diary kali ni, sangat panjang lagi lebar.



keep in touch, DiyanaTjuman
*mengantuk, pengsan, zzzz*

Sunday, October 13, 2013

Cuti & Tak Balik Kampung

Assalamualaikum, Hi =)
My Dear Super Duper Diary


yeah ! cuti sekolah dan aku tak balik kampung. weyh aku tak balik kampung weyh. maka duduklah aku di pekan combi ini ditemani cicak, burung pipit, sang kelawar dan pacik jam tiga pagi. *sigh* takda sapa nak bawa aku jalan - jalan ke weyh. okay ! tidur sajalah. night !

keep in touch, DiyanaTjuman

Wednesday, July 17, 2013

Praktikal #2

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary

tak sempat nak post entry for second day praktikal aku. btw semua nya berjalan lancar. that day masuk kelas form 4 je. act, cadang masuk kelas nak mengajar tapi bila dah lepas sesi perkenalan boleh terlajak pula sampai ke aktiviti ice breaking dan ldk. omg, sorry kite memang suka buat game dekat budak-budak. nasib baik budak-budak memang suka game. kata cikgu pj, of courselah fokus untuk release tension pelajar kan. ahaa. asyik belajar teori saja. jasmani pun penting juga. ehh dah jam 12 pagi. esok nak pi sekolah so kena bangun awal. entry ni kena update balik lah. penting untuk kite punya assignment next final semester.

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, July 15, 2013

Praktikal #1

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary


today is my first day being a teacher. semalaman tak tidoq lena sebab praktikal job punya pasal. serius deg deg gan gitu. lepas sahur solat subuh terus siap - siap nak pi sekolah. wow sukanya. tak sabar nak masuk kelas sebenarnya even tak tahu nak ngajar apa. ahaa. 

sesampai kat sekolah lapor diri dekat pengetua sekolah then masuk perhimpunan. kalau dulu dekat sekolah kite duduk bawah jep. berdiri pula tu. cikgu - cikgu syok je kite tengok duduk atas kerusi but sekarang dah naik level boleh duduk atas kerusi dah. macam tak percaya. owh ya, dalam banyak-banyak lagu tadi, boleh nyanyi negaraku saja. yang lain tak tahu sepatah haram. of course lah kan. takpe lama - lama hafal lah tu.

penolong kanan pentadbiran. very kind man. peraturan sekolah, waktu sekolah and macam-macam lah yang dia brief dekat geng guru pelatih. nextnya dia ajak bawa ronda-ronda sekolah. carikan meja guru untuk kitaorang. then kenalkan kitaorang dengan guru pembimbing masing-masing. rajin kan dia berjalan. terima kasih cikgu pk!

guru pembimbing. act, he is our senior. batch legasi. our means aku dengan sharul. dia merangkap sebagai guru disiplin. garang juga lah tengok dia. so, aku dengan sharul kena belajar dan terlibat jadi guru disiplin katanya. nampaknya kenalah apply ilmu fasi survival. hihi. anyway, lepas brief pasal pbs pi ronda stor sukan pula. ada tiga stor tau kat sekolah ni. aku dapat satu kunci stor sharul dapat satu juga. tapi aku duduk stor tingkat atas. dah macam port main karom. takdalah semak. cuma nak upgrade kekemasan saja nanti. sharul yang kesiannya. kenapa. kitaorang saja yang tahu. tapi best. ada meja dekat bilik guru then ada meja dekat stor sukan. 

and yang paling bestnya, bila murid lalu depan tepi kite diorang ucap "Assalamualaikum Cikgu". ouchhhhh. semangat berkobar and bestnya. Alhamdulillah. semoga aku dapat murid - murid yang mempunyai akhlak dan baik-baik. kalau yang tak baik tu cikgu doakan kamu jadi baik-baik ye. 

salam untuk hari pertama.