Showing posts with label Hidup Merantau. Show all posts
Showing posts with label Hidup Merantau. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Kolej Matrikulasi Labuan & Saya


rindu. rinduan jadi kenang-kenangan. omg macam mana nak cakap ya. tetiba terasa rindu zaman-zaman skema. budak biologi skema katanya. banyak kenangan manis dan pahit semasa menuntut ilmu di kolej matrikulasi labuan aka kml. sepahit-pahit kenangan itulah yang manis bila dikenang. 

gambar ini diambil beberapa hari sekembalinya dari labuan
berazam untuk pakai tudung
officially graduated from kml

aku suka sangat selfie depan cermin bilik
selalu kelas pagi, kami se'dormate' akan beratur mengikut ketinggian
haha. always like that. tapi kite duduk depan sekali. sebab boleh tengok kekalau ada jerawat tumbuh.
rindu. rindu. rindu.

We are Dorm-mate
kami penghuni Blok Madani D
DT2.12
*if not mistaken*
veronica, hayati, me and wawai
(^__^)
paling payah nak cari gambar aku. sebabnya time matrik aku tak pakai tudung.
pakai pun time kelas PI je. aish malu kalau diingat-ingat.

Rakan Sekelas. Rakan Seperjuangan. H6T39

ya, aku budak skema. budak biologi yang skema. 
this is my classmates. Hayat 6 Tutoran 39. simple as H6T39. 
we are the best student in biology. miss uolls friend.

Sahabat-Sahabat Musolah
Alhamdulillah dapat kenal dengan diorang yang banyak beri tunjuk ajar. 
barulah rasa tenang after change. Alhamdulillah for this feeling Ya Allah. 


Jom Ronda-Ronda Matrikulasi Labuan


sewaktu ketika dahulu dan aku rasa pasti dah banyak perubahan dekat sana sekarang ini.
1. Laluan Pejalan Kaki. kira laluan utama nak ke dk, bt and etc.
2. Menara Pentadbiran. kitaorang selalu panggil MP je.
3. Dewan Kuliah, Makmal Sains & Bilik Tutoran.
4. Track Kolej Matrikulasi Labuan.
5. Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Labuan
6. Dewan Mutiara. *oh compress, compress*

View from Tingkat 4 Madani D


aku ada satu habit yang mana aku suka naik tingkat 4 blok madani d. semata-mata nak tengok matahari terbit. kira aktiviti hujung minggu. awal-awal pagi weekend kebanyakkan student tidur. takda sapa nak kacau kalau duduk melepak situ. anyway, seriously, i really love it. hijau dan sejuk mata memandang pepohon. kalau perasan ada bangunan nun jauh disana. ya, jauh. yang bangunan tu blok luhur e kolej lelaki tapi takda maknanya aku nak teropong diorang.

View from My Study Table


DT2.12. kedudukan blok aku betul-betul berada dilaluan utama kebanyakkan aktviti berlangsung. aku suka juga duduk lepak tepi tingkap tengok gelagat pelajar. terutama sekali time puasa. bazar ramadhan betul betul dekat bawah blok. best je tengok orang yang pelbagai ragam. oh ya, pkok bunga korea tu dulu kecik je masa mula-mula masuk kml. nampak tak dua orang lelaki kat bawah tu. encik felo blok madani d, tengah cek tangki air. yang pasti memang takda air sebabnya tangki tu baru sampai dari ladang.

Belajar Cara Belajar. Experiences is the Best Learning.


aku belajar duduk jauh dengan family. aku belajar tinggal kolej yang sememangnya aku tak biasa. aku belajar rawat diri sendiri bila sakit. aku belajar hidup serba kekurangan. tinggal kolej dengan terputus bekalan air betul-betul menguji kesabaran aku. tiap-tiap hari kena workout angkat air. kalau malas maka sendiri mahu tahu lah kalau nak membuang takda air. aku belajar untuk berjimat. berjimat guna duit elaun. berjimat menggunakan air. berjimat guna topup. aku belajar untuk jadi berani dan kuat seperti harimau. dan yang pasti aku belajar untuk menjauhkan diri daripada perasaan cinta. setakat curi-curi suka orang tu adalah. :)

aku juga belajar buat muka tebal. pernah sekali tu, aku tak buat kerja tutorial math. then kena denda siap bawa kerusi meja duduk luar tepi parit. perhh best giler. memang havoc kau. famous pun ada gak. nak nak time tu ada kelas-kelas yang dah habis and change class. padanlah dekat muka sendiri. confident lecturer tak check homework. anyway, thanks madam. kalau dia tak buat macam tu mesti aku tak sedar diri lagi.
aidiladha diperantauan

i just call her kak yati then she call me, dian.
she was very motivated. selalu bagi advice dekat aku.

MPI stand for Minggu Penghayatan Islam
have fun with team Halus Manissss


banyak benda yang aku belajar secara langsung dan tak langsung. to conclude, experiences is the best learning. pengalaman adalah guru yang terbaik. pengalaman yang baik dan buruk yang aku lalui akan dijadikan pelajaran untuk hari-hari mendatang. I can take the next thing that comes along. kekuatan. keberanian dan keyakinan. semoga pengalaman yang mahal dan tak terbeli itu dapat mendewasakan aku dan berfikiran lebih positif.

keep in touch.

Wednesday, February 05, 2014

Nur Lembah Lenggong Training Village

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

selamat datang ke dunia cabaran
ada bran??


throwback. berkesempatan melawat Perkampungan Latihan Rekreasi Nur Lembah Lenggong. what can I say. this place was so natural. persekitaran yang mendamaikan dan mampu menenangkan fikiran. suasana damai seperti inilah yang aku idamkan, jauh dari kesibukkan kota. I wish someday dapat datang sekali lagi for satu dua malam. nak juga rasa overnight dekat tempat ni. memang betullah sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat dihati. 


"Dekat di Mata, Lekat di Hati"
Team Building, Training, Motivation and Recreation

seketika berada di tapak kem Nur Lembah Lenggong Training Village. perjalanan mengambil masa 30 minit dari Kuala Kangsar untuk sampai ke destinasi. boleh google map. kedudukannya agak tersorok yang mana berada didalam ladang kelapa sawit dan ditepi sungai perak. tapi siapa sangka, tempat ini terletak dipinggiran kota yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika, sungai perak dan suasana kehijauan. sejuk mata memandang. tak rugi datang singgah apalagi kalau bercuti disini.


kononnya aku nak seberang ke pulau sebelah tapi memandangkan aku tengok keadaan sungai yang macam laju arusnya tak jadilah nak seberang. plus, masuk tanpa izin pula tu. silap haribulan boleh kena tembak main terjah sesuka hati. sorry, hari tu masa kitaorang datang tak nampak sorang pun dekat situ. mungkin sebab timing datang tu bulan puasa kot. 

focus pulau dekat seberang tu. nak pergi situ sebenarnya. :(

yang ini my cousin. hehe.
asyik. asyik yang keluar gambar aku je dari tadi.

baiklah daripada pembacaan yang aku buat, boleh tahan banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini like berkayak, berakit, jungle trekking, obstacles, aktiviti tali flying fox *love it, love it*, menyusuri jambatan gantung, main perang-perang and more... 

for those yang meminati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan hujan tropika ini bolehlah ke websites diorang just click, Nur Lembah Lenggong. penggemar rekreasi luar juga boleh buat aktiviti-aktiviti dekat sini. beside, dekat tempat ini juga menawarkan macam-macam pakej yang menarik, kemudahan-kemudahan untuk pengunjung dan pelanggan dan banyak lagi. 

i wish someday, aku dapat berkunjung lagi dekat tempat ni. i wish.


Wednesday, January 22, 2014

Tips Buat Orang Cemburu dengan Anda


*kulit cerah sepanjang praktikal :) *

topik entry macam nak beria-ria orang cemburu dekat diri sendiri. nanti bila orang cemburu kata macam-macam mulalah nak melenting. but the truth is sometimes orang jealous dekat kita ada baiknya kalau kita ambil dari sudut yang positif and ada juga keburukannya kalau kita fikir ke arah negatif. here are some tips macam mana nak buat orang cemburu dengan uolls. I got this from the other blogger that I forgot the link. mohon repost.

1. Kemas  
Sentiasa kelihatan cantik walau ke mana pun anda pergi. Pakai pakaian kegemaran anda, yang sesuai dengan tubuh badan, dan pilih warna-warna yang terang dan menarik. Kelihatan cantik adalah kunci kepada keyakinan diri.

2. Jadi Diri Sendiri
Memperbaiki kehidupan anda! Sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kerjaya dan kualiti hidup. Jangan berpura-pura menjadi orang lain. Ubah diri anda secara perlahan-lahan dan positif. Contoh terbaik, banyakkan membaca buku untuk menambah ilmu. Anda tentu mahu jadi lebih bijak daripada orang lain. Lebih baik lagi, tunjukkan pada mereka, yang anda memang bagus!

3. Berkawan
Berjaya dalam hidup! Lakukan yang terbaik, walau di mana anda berada. Berkawan dengan lebih ramai orang, menceburi pelbagai bidang, sentiasa bersikap positif dan bertindak secara yakin.

4. Fokus ! Fokus ! Fokus !
Fokus pada apa yang anda sedang lakukan. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar, cuba belajar bersungguh-sungguh, dan dapatkan gred terbaik. Sekiranya mereka bertanya, dengan senang hati anda boleh menjawab, "Oh! Saya dapat A+ untuk subjek matematik." Anda bukan saja buat mereka cemburu, malah anda akan menjadi sumber inspirasi buat mereka. Dengan cara itu, anda mungkin akan menjadi pelajar paling popular di sekolah! this is call "persaingan sihat" baru best.

5. Be Matured
Bersikap lebih matang, lebih peka, lebih bijak, dan tunjukkan bahawa anda mempunyai ciri-ciri seseorang yang bertanggungjawab.

6. Berfikiran Positif
Berfikiran positif. Sentiasa mencari jalan penyelesaian yang baik sekiranya anda ditimpa masalah, kesusahan atau kesakitan. Jangan bertindak melulu atau membuat keputusan terburu-buru. Orang lain sentiasa melihat bagaimana anda menghadapi segala masalah tanpa silap membuat keputusan.

7. Buli
Jangan biarkan orang lain menguasai anda. Sekiranya ada sesiapa yang mahu mengarah anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka, jangan lakukannya.

8. Buat Baik dibalas Baik
Sekiranya orang lain meminta bantuan anda dengan cara yang baik, bantulah mereka. Tunjukkan sikap tanggungjawab anda kepada orang lain, terutamanya orang yang lebih tua.

9. Keep Strong
Tunjukkan pada mereka yang anda seorang yang kuat semangat. Apabila orang lain mengusik anda, mempermain-mainkan, memalukan anda di depan orang lain, atau memberi kritikan hebat kepada anda, jangan cepat melatah. Abaikan kata-kata mereka. Lakukan apa yang anda suka mengikut cara anda, dan jangan biarkan mereka mematahkan semangat anda.

Sediakan jawapan yang sesuai di dalam fikiran anda, apa yang akan anda perkatakan sekiranya anda dikutuk atau dipersalahkan. Jangan berdiam diri. Berdiam diri akan memperlihatkan kelemahan anda, dan anda akan dikira bersalah.

Thanks for reading.







Saturday, October 19, 2013

Betong, Thailand

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat

for the third times, aku tak balik kampung. it's okay sayang, kata mammy. nanti sudah habis belajar nak sambut apa pun boleh. and tak sabar nak buat family day every week macam dulu. rindu nak booking swimming pool. rindu nak berenang. rindu nak memancing. rindu nak memanggang. nak je upload gambar tapi zaman tu aku masih zaman jahiliyah. you know what i mean right.

baiklah memandangkan sekarang sudah masuk hari sabtu. motif ? hari ini hari cuti dan aku nak tulis cerita jalan-jalan di Betong, Thailand raya hari tu . Betong ni terletak dekat dengan sempadan daerah Pengkalan Hulu dan tidak jauh dari tempat aku berpraktikal. sebenarnya tak plan pun nak ke sana. kebetulan hari tu bestfriend kita ajak datang rumah makan laksa. ya, laksa. aku hantu laksa. then, suddenly dia cakap, jom hari ini kita jalan dekat Betong. awalnya tu tak percaya juga sebabnya dia selalu main tipu-tipu. tapi bila sampai rumah mak dia cakap, nak pergi luar negara. weee dalam hati, bestnya ! 

passport ? passport kita tinggal kat damansara tapi dont worry katanya, sempena hari raya ni, masuk free ! maksudnya boleh lepas Imigresen Malaysia and Imigresen Thailand dengan jayanya without passport. tapi seram sejuk juga, eyalah masuk Thailand kot. kena tembak free free mati katak. ishhh ! mulut kau . anyway, thanks to my bestfriend cause bawa kita dan sepupu kita berjalan-jalan diluar negara :) feeling foreigner. bhahaha.

ha, kalau nak ambil gambar macam ni kenalah lepas Pihak Imigresen Malaysia dulu :)

PEKAN BETONG, THAILAND

sampai dekat pekan encik driver, terus park kereta then jalan-jalan cari barang. tapi ayat yang sesuai untuk student macam aku ni jalan-jalan cuci mata. tengok, pegang, tanya harga then blah. lepas tu masuk kedai lain buat benda sama. hahaha. 


seterusnya masuk pasar tani. apa lagi nak cakap, samapi pasar pun kami check in okay. then, bila tengok sayur-sayur yahg macik pacik jual dekat situ sungguh aku rindu kampung halamanku. kalau dikampung sayur-sayuran semua murah-murah. kadang-kadang tu siap dapat free lagi. oh, sungguh aku rindu Ranau


 

inilah kawasan pekan
Betong, Thailand
peniaga dekat sini faham dan ada yang fasih bahasa melayu, so dont worry
kau cakap ja, minta kurang harga, nego-nego, dia faham juga :)

BETONG MONGKOLLIT TUNNEL

 

 
 
 

jalan-jalan dekat depan sikit jumpa ayam besar dekat bawah tu ha
lepas tu apa lagi gambar and grab cepat-cepat sebelum ramai orang datang serbu.
:)

"tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu"
besar juga taji ayam tu. hehe




BETONG PUBLIC STADIUM


bila jadi budak sport maka tempat sport jugalah dibawanya
bestnya tengok track, macam dekat ranau
tapi kan yang turun jog pun aku tengok orang tua-tua saja
orang  muda cuma beberapa kerat

 

act, aku nak tangkap gambar dekat arca
KATAK & KURA-KURA
tapi budak-budak dan bapa budak
duduk lepaklah pulak
aissshhh !
dari jauh pun jadilah, dah macam budak jugak !


ni bunga kebangsaan
MALAYSIA


TAMAN - TAMAN BETONG
bagi nama sendiri :D


gambar suka-suka hokay, takda kaitan dengan apa-apa


memaksa cousin untuk bergambar bersama
tetiba pula dia malas nak bergambar


inilah dia budak Thai
sangat sporting. hormat orang tua *eh tua kah ?
siap salam cium tangan dekat member kita


still dekat area stadium, was just near the taman-taman betong
alaa sebelah-sebelah gitulah
alright, sampai disini sahaja diari bergambar for today.


thanks kepada bestfriend and the family yang bawa saya and cousin
pergi berjalan-jalan ke luar negara.
(^_____^)

keep in touch, DiyanaTjuman
*sangat lemah & nak tidur*

Sunday, October 13, 2013

Cuti & Tak Balik Kampung

Assalamualaikum, Hi =)
My Dear Super Duper Diary


yeah ! cuti sekolah dan aku tak balik kampung. weyh aku tak balik kampung weyh. maka duduklah aku di pekan combi ini ditemani cicak, burung pipit, sang kelawar dan pacik jam tiga pagi. *sigh* takda sapa nak bawa aku jalan - jalan ke weyh. okay ! tidur sajalah. night !

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, July 15, 2013

Praktikal #1

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary


today is my first day being a teacher. semalaman tak tidoq lena sebab praktikal job punya pasal. serius deg deg gan gitu. lepas sahur solat subuh terus siap - siap nak pi sekolah. wow sukanya. tak sabar nak masuk kelas sebenarnya even tak tahu nak ngajar apa. ahaa. 

sesampai kat sekolah lapor diri dekat pengetua sekolah then masuk perhimpunan. kalau dulu dekat sekolah kite duduk bawah jep. berdiri pula tu. cikgu - cikgu syok je kite tengok duduk atas kerusi but sekarang dah naik level boleh duduk atas kerusi dah. macam tak percaya. owh ya, dalam banyak-banyak lagu tadi, boleh nyanyi negaraku saja. yang lain tak tahu sepatah haram. of course lah kan. takpe lama - lama hafal lah tu.

penolong kanan pentadbiran. very kind man. peraturan sekolah, waktu sekolah and macam-macam lah yang dia brief dekat geng guru pelatih. nextnya dia ajak bawa ronda-ronda sekolah. carikan meja guru untuk kitaorang. then kenalkan kitaorang dengan guru pembimbing masing-masing. rajin kan dia berjalan. terima kasih cikgu pk!

guru pembimbing. act, he is our senior. batch legasi. our means aku dengan sharul. dia merangkap sebagai guru disiplin. garang juga lah tengok dia. so, aku dengan sharul kena belajar dan terlibat jadi guru disiplin katanya. nampaknya kenalah apply ilmu fasi survival. hihi. anyway, lepas brief pasal pbs pi ronda stor sukan pula. ada tiga stor tau kat sekolah ni. aku dapat satu kunci stor sharul dapat satu juga. tapi aku duduk stor tingkat atas. dah macam port main karom. takdalah semak. cuma nak upgrade kekemasan saja nanti. sharul yang kesiannya. kenapa. kitaorang saja yang tahu. tapi best. ada meja dekat bilik guru then ada meja dekat stor sukan. 

and yang paling bestnya, bila murid lalu depan tepi kite diorang ucap "Assalamualaikum Cikgu". ouchhhhh. semangat berkobar and bestnya. Alhamdulillah. semoga aku dapat murid - murid yang mempunyai akhlak dan baik-baik. kalau yang tak baik tu cikgu doakan kamu jadi baik-baik ye. 

salam untuk hari pertama.

Wednesday, January 09, 2013

MAMA AND DADDY ♥



assalamualaikum dear diary blogspot. 
meet my lovely parents. awwhh, shooo swheeeeet right ? 
i heart them more then anything.
really miss both of them. 


keep in touch DiyanaTjuman