Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts
Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

saya dah habis praktikum


Assalamualaikum, Hi



15 Julai 2013 - 8 November 2013

pejam celik pejam celik tamat sudah semester latihan mengajar aku. serius masa cepat sangat berlalu. masuk kampus nanti final year student dah aku weyh. macam tak percaya je. macam tak percaya je. btw, tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menamatkan praktikum dengan jayanya. aku yakin mesti ramai kawan kawan yang lain juga sudah merdeka. jyeahh! tapi aku pasti masih ada juga yang masih berkontrak seminggu sampai cuti sekolah. good luck ya kawan !

sepanjang praktikum hari tu aku dapat 12 kelas. banyak tak banyak tak kelas aku dapat. 6 kelas form 2 dan 6 kelas form 4. maksudnya secara rasmi aku pegang semua kelas form 2 juga kelas form 4. sekaligus aku dapat jumlah waktu mengajar paling max iaitu 12 waktu. seronoknya ! padahal dalam hati. hurmokaylah, masa praktikum aku ajar subjek pj. only pj sebabnya nak ngajar sains sukan tak dapat sebabnya lagi kelas tu dah ditutup. so bila ngajar kelas pj ni dua kelas akan digabungkan dan ini juga bermakna dalam satu kelas tu ada lebih kurang 40 orang murid. suara kena lantang babe lepas tu muka kena garang sebab budak tak heran dengan cikgu praktikum yang bemata sepet dan berbadan slim ni. *cikgu kena pandai buat mata besar, badan pun kena besar jugak* tapi rasanya rata-rata budak heran kot. berani kome tak pakai baju pj ! Ggrrrrrrrhhh. bila marah,, diorang senyap then nanti diorang tanya kenapa cikgu bad mood ? cikgu p****d ehh.

anyway, banyak benda nak story sebenarnya. tapi biarlah part by part. buat part part whole gitu. mau makan masa setahun jugak nak post gambar sepanjang praktikal ni. budak-budak sibuk pm bila nak ngepost. siap ada yang nak beli. bhahahaha. *nasib kome lah*

Monday, October 21, 2013

Edisi Sekolah : Saya Cikgu Glamor di Sekolah


Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary Online


ouch ! tajuk diari tak tahan. saya cikgu glamor. glamor ke cikgu diyana weyh. nak kena penampar cikgu disiplin baru sedar diri ni. hahaha. tak lama lagi aku akan bergelar cikgu. sekrang ni masih berpraktikum. masih ada pantang larang yang perlu dipatuhi. tapi title cikgu tu memang dah dapat. bolehlah bermanja-manja dengan murid-muridku sekalian. manja sangat.

seriously, become a teacher is not ___________________. lagi-lagi bila jadi cikgu physical education. perempuan pula tu kan. tapi tak mengapa, jadikan setiap cabaran sebagai motivasi.

i love teaching
i love sport and science
i love students


feeling-feeling cikgu control ayu
"cikgu ayu lesung pipit di pipi"

ehh next song
"apa nak di kato
kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
kek kualo pilah"

CIKGU OH CIKGU !!!!

ehh tukar-tukar
memang nak kena lempang laju-laju

i tell you what diary, jadi cikgu ni kerjaya yang paling popular tau. kenapa aku cakap macam tu. kalau uolls nak jadi cikgu, uolls kena ada kriteria-kriteria like :

pandai berlakon
cikgu adalah seorang pelakon yang hebat ! tak percaya ? 
(^____^)

perlu tahu nyanyi
tak kira la uolls tu cikgu matematik ke sains ke. uolls perlu mahir dalam bidang nyanyian. zaman sekarang menghafal sejarah lebih berkesan dengan kaedah nyanyian. ahaa. tambahan pula bila hari guru or pskpp mesti ada talent. so bolehlah tunjuk bakat yang ada nanti. ehee. bajet nak glamor tu weyh.

pandai menilai
as a teacher, perlu bijak menilai students. bijak juga menilai orang. so, berhati-hatilah sekiranya mempunyai bakal ibu mertua seorang cikgu. hahaha. dari atas sampai bawah dia akan nilai kau.

pandai marah
ini kemahiran wajib bagi setiap guru supaya lebih tegas dan garang. tapi uolls kena tau tegas dan garang tu bukan benda yang dibuat-buat sendiri. ianya datang dengan sendiri. bukan bengis pula. lepas tu boleh lah dapat title guru garang sedunia. konpem glamor gitu.

anggun. anggun. anggun.
last sekali, cikgu perlu anggun.
hah ! 
seperti aku, sentiasa anggun dan bergaya.
masuk bakul angkat sendiri
bergaya sangat pakai baju pjk setiap hari

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, October 14, 2013

Hari Kantin & Hari Kokurikulum 2013

Assalamualaikum, Hi
My Dear Super Duper Diary

hey diary ! aku rasa nak tulis cerita tentang hari kantin and hari koku dekat sekolah hari itu. takut terlupa kalau ditangguh - tangguhkan. anyway aku berkesempatan nak join hari kantin and the most aku tunggu - tunggu was the hari kokurikulum. but the sad things was aku diletakkan di bawah jawatankuasa pengacara majlis. haihhh ! sungguh memberontak you know hati ni. andai saja bukan hari kokurikulum takda lah aku gila meroyan. ahaa. apakah ? nak buat macam mana hari kantin dan hari ko selalunya ditetapkan pada hari yang sama. arghhhh ! tapi kan tapi kan. aku follow semua aktiviti - aktiviti sukan hokay ! aku bukan jenis duduk diam. lagi - lagi bila ada orang nak minta tolong tapi syaratnya kena minta elok - eloklah. kenalah minta dengan cara yang beradab. jangan jadi egois. bukan aku yang cakap, member aku yang sorang lagi  tu cakap macam tu. ehh motif aku cakap macam ni. abaikan.

okay, cuba perhatikan gambar dibawah. hoyeh. hoyeh. jom ikut saya buat line padang ! ukur, tanda, angkat tong, tuang minyak, gelek jangan tak gelek. best juga main kereta sorong beroda berminyak tu. ehee. mahu je aku buat nama dekat padang tu, nak bagi tahu. hehehe. tak payah nak show-off lah diyana weyh. akhirnya terciptalah dua court futsal padang di smkg. weee. muka, tangan gelap aku tak kesah tapi yang aku kesah kasut kesayangan hamba terpercik dek minyak hitam tu. ouchh ! basuh sental dan sental pun tak tanggal. nampaknya biarlah ia menjadi tanda kenangan cikgu ehhh. 

cuba tengok. serabai tak serabai aku hari tu.
kalau bukan cikgu pj bolehlah cakap senang saja jadi cikgu pj ni.
cuba try meyh. nak tengok senang tak senang.
fyi, padang futsal juga merupakan salah satu bbm yang digunakan dalam pnp.
haha.
oh ya, encik baju turqouise dekat sebelah aku tuh adalah encik guru pembimbing.

TEACHING SOFTBALL =)
before


siapa tahu apa itu sukan sofbol?
"tak tahu cikgu"
pernah tengok kartun doraemon tak? *sambil angkat gambar kartun doraemon size A4*
"ohhhhhhh ! yang giant, sunio, nobita selalu main dekat padang petang - petang tu ke cikgu?"
*cikgu tanya siapa pernah tengok kartun doraemon*
anyway, dalam kartun doraemon tu diorang main besbol bukan sofbol.


untuk memudahkan murid-murid ni faham tentang permainan sofbol bukan mudah. perlu start from zero and of course I have to start from the history, how, when, where and so on. kau ingat senang. main bagi bola terus main pukul-pukul. keselamatan perlu diutamakan. I have to start from how to wear that weird glove. ya, weirdo for the beginner. nampak macam kau boleh cakap, alaa kacang goreng je. aku tahu ada yang berkata sedemikian. tipulah takda. so aku kena bermula dengan cara nak pakai glove, teknik pegang bola, teknik pass and catch, teknik pitching and last but not least the rules. kesian dekat students banyak benda kena catch up. apa yang aku perlu buat ialah bawa bbm agar mereka lebih mudah untuk faham. jadinya, amat mustahil pula bila ada students yang langsung tak dapat catch up pnp hari itu because every time three to five mins before tamat pnp aku akan buat reflection of what they have learn that day. most of them sporting, kalau faham diorang akan cakap faham dan kalau tak faham diorang akan cakap tak faham. kalau kelas tak best pun diorang akan cakap okay ! 

TEACHING FUTSAL =)


samalah ceritanya dengan cerita mengajar sofbol tadi. everything kena start from zero. kosong, kosong. sejarah, bola futsal, gelanggang, teknik hantar, teknik terima, peraturan dan undang-undang and so on. biar skema asalkan murid-murid dapat apa yang diajar hari itu. bukan 100% yang dikejar. tapi aku pasti almost of the tnl diorang dapat. kebanyakkan diorang minat main futsal cuma malu dan takda orang nak ajar. jadi aku pun menjadi cicakman yang datang membantu mereka untuk minat dengan sukan. hehe. takda kaitan langsung. oh ya, gambar diatas diambil sewaktu dalam perjalanan balik jalan kaki. yang kepala besar gedabak tu bergambar dengan students form one. yang saiz badan lebih kurang tu bergambar dengan students form four. memang nampak lebih kurang saja kan ? *ada pekerja restoran tanya, baru lepas ambil paper pmr ke ni adik ? bhahaha*

HARI KANTIN & HARI KOKURIKULUM SMKG 2013

sebelum acara bermula, haruslah masuk kelas. pot pet pot pet. "cikgu, kami kena ambil kupon sekarang." laa, kenapa tak cerita kat cikgu awal - awal. sat na nak ambil gambar dulu. tambah tolak campur. habis waktu pnp tepat pada masanya. hahaha. cikgu sorang lagi tu join sekaki. malu murid-murid aku hang tahu dak.

 


emcee of the day. pengacara majlis. deejay. yang tak berapa nak menjadi. bhahaha. tapi aku sahut cabaran. takda hal lah. dari padang ke protokol gua okay babe. kalau dia suruh nyanyi ke menari ke gua takda hal. gua on zumba babe. hihihihi. millions thank kepada teacher savina, akak yati, cikgu - cikgu yang membantu serta mengajar secara langsung dan tak langsung juga tak ketinggalan kepada murid - murid cikgu yang sporting habis tu. best juga melayan karenah students dekat khemah urusetia. hehe. btw, dear junior yang datang buat kajian dekat sekolah kita hari itu. good luck, dear ! :)

first - gila gila korea song
second - my junior of the sport science and coaching faculty
third - lovely teacher savina <3

my team kecik
JOHAN
tahniah anak-anak!

team futsal form 4


terima kasih juga kepada murid -murid yang bagi cikgu diorang ni macam - macam makanan and minuman. yang dekat bawah ni makanan dibawa balik ke rumah. lain-lain dah makan semasa sedang bertugas. hehe. thanks u'olls. love you ! penulisan diary kali ni, sangat panjang lagi lebar.



keep in touch, DiyanaTjuman
*mengantuk, pengsan, zzzz*

Saturday, July 20, 2013

Praktikal #3, #4 & #5

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary Online

hurm actually entry nak post since hari khamis tapi mood nak menaip hilang bila teman sepraktikal aku dengan tak semena-mena datang dekat meja. "kau buat apa?" terkejut lantas menutup laptop laju-laju secara automatik. sampailah ke hari ni memaksa diri untuk menulis yang entah apa-apa. 

Praktikal #3 - 17 Julai

only got one class. that day budak lelaki combine sekali dengan perempuan. seperti biasa budak lelaki susah sikit nak control. aku dok sibuk-sibuk brief dekat budak perempuan diorang boleh buat gelak-gelak. bising-bising. ada yang asyik pandang aku je. last-last tak fasal-fasal kena sound dengan aku. barulah senyap sikit. haha. takut juga diorang dekat aku. guru disiplin barulah katakan. arahan daripada guru pembimbing. kahkahkah. then, lepas class form 2 tu aku free sampai balik. serius bosan duduk bilik guru. nak kemas stor sukan aku, tapi nak kiv untuk pnp pengurusan stor sukan nanti. nampaklah budak-budak ni ada aktiviti kan. so, what can i do just menunggu nak dapat class relief tapi tak dapat-dapat sejak hari pertama. jiwa meronta. nak relief juga nak relief juga. tunggu punya tunggu tak dapat juga. haha. gedik sungguh kau diyana. 

Praktikal #4 - 18 Julai
muka nampak pelik tak pakai spec.

got two class. form2T1+form2T2 and form2KAA+form2RK1. owh ya, memandangkan aku masuk class menengah rendah, untuk mendapatkan perhatian students plus nak tukar mood garang kononnya aku pakailah baju kaler merah. nah, memang menjadi dan mendengar kata budak-budak tu. class hari tu best gila-gilalah. suka dan senyum sampai pulang rumah. aku siap bagi peraturan dekat diorang tahu. dah lah tu tulis pula dekat buku pbs pj. kalau guru pj buat spot check mesti terkejut. sebab diorang tulis guna font 20-36 rasanya. siap ada nama Cikgu Diyana pula. haha. sekian terima kasih atas kerjasama. kahkahkah. satu lagi nak cerita, aku suka bila masuk class students seperti kebiasaan diorang bagi salam dan amalkan baca doa. yang bestnya bila habis class diorang bagi salam dan datang depan salam cium tangan. omg, terharunya cikgu. siap berebut-rebut bukan berebut nak salam mungkin sebab nak cepat keluar kelas pi rehat. haha. eh bukan, masa puasa ni diorang ada solat dhuha berjemaah dekat surau. tak boleh ponteng. kalau ponteng merasalah rotan dekat punggung. 

hari tu pulang agak lewat sebab ada meeting. meeting setiap khamis dua minggu sekali. sepatutnya takda tapi memandangkan nak pulang awal next khamis so kenalah buat meeting guru-gur. kitaorang guru-guru pelatih ni mendengar sajalah hujah-hujah dalam meeting. shhh senyap.

Praktikal #5 - 18 Julai

only one class tu pun tak sempat nak masuk sebabnya pagi tu ada perhimpunan bacaan yasin. act, dalam jadual dalam sepuluh minit je perhimpunan tu but semakin anjak-menganjak sampailah jam 850. class aku habis kol910 tapi aku gagahkan juga kaki aku naik tingkat 3 brief dekat budak-budak class next week bawa buku pj dan minta senarai nama students. arahan hantar dekat bilik guru sebelum rehat. yes! memang menurut perintah. suka. :)

finally dapat relief class form 1. budak lelaki senang pula nak handle berbanding budak perempuan yang sibuk tulis buku-buku biodata. alahai cikgu pun macam tu juga dulu tapi takda sampai khusyuk gila buat benda alah tu. so, that class aku start dengan buat ldk tapi tak menjadi sebab budak lelaki tak main game tu. aku pun ajak diorang menyembang. just imagine budak paling nakal dalam kelas boleh dengar cakap aku dan pindah duduk depan. feeling happy. budak-budak ni kena ada cara nak tarik perhatian. then, daripada aku kena ganti relief satu waktu jadi dua waktu sebab dipaksa dengan budak-budak class tu. nasib baik kebetulan cikgu tak masuk class dan aku pun malas nak duduk dalam bilik guru. fikir punya fikir aku terfikir pula satu aktiviti ni. yeah! jadi. budak laki dia sporting and geng budak perempuan yang aku cakap sibuk dengan buku-buku biodata tu pun aku paksa rela buat aktiviti. nak tak nak kena buat juga sebabnya budak lelaki kelas tu benggang tengok perangai diorang macam tu. macam nak bergaduh pun ada aku tengok. adoi. anyway, suka class tu. boleh ingat nama budak nakal yang tak berapa nak nakal pun. biasalah budak form one kan. sharif, syazwan dan kk shafiq budak kembar. :)

petang ada meeting lagi tapi tak dapat nak attend sebab ada urusan yang tak boleh dielakkan. jumpa pengetua dan minta kebenaran. nasib baik pengetua baik hati. kalau kat sekolah ni tak masuk meeting kena bagi tahu dekat pengetua siap-siap. kalau tak next meeting nanti dia soal macam-macam kenapa tak masuk meeting. memang merah padam lah muka kau kalau kena tanya macam tu. dah lah depan-depan semua guru. alahai tak nak kena macam tu.

keep in touch, DiyanaTjuman


Wednesday, July 17, 2013

Praktikal #2

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary

tak sempat nak post entry for second day praktikal aku. btw semua nya berjalan lancar. that day masuk kelas form 4 je. act, cadang masuk kelas nak mengajar tapi bila dah lepas sesi perkenalan boleh terlajak pula sampai ke aktiviti ice breaking dan ldk. omg, sorry kite memang suka buat game dekat budak-budak. nasib baik budak-budak memang suka game. kata cikgu pj, of courselah fokus untuk release tension pelajar kan. ahaa. asyik belajar teori saja. jasmani pun penting juga. ehh dah jam 12 pagi. esok nak pi sekolah so kena bangun awal. entry ni kena update balik lah. penting untuk kite punya assignment next final semester.

keep in touch, DiyanaTjuman

Monday, July 15, 2013

Praktikal #1

Assalamualaikum, Hi
Dear My Super Duper Diary


today is my first day being a teacher. semalaman tak tidoq lena sebab praktikal job punya pasal. serius deg deg gan gitu. lepas sahur solat subuh terus siap - siap nak pi sekolah. wow sukanya. tak sabar nak masuk kelas sebenarnya even tak tahu nak ngajar apa. ahaa. 

sesampai kat sekolah lapor diri dekat pengetua sekolah then masuk perhimpunan. kalau dulu dekat sekolah kite duduk bawah jep. berdiri pula tu. cikgu - cikgu syok je kite tengok duduk atas kerusi but sekarang dah naik level boleh duduk atas kerusi dah. macam tak percaya. owh ya, dalam banyak-banyak lagu tadi, boleh nyanyi negaraku saja. yang lain tak tahu sepatah haram. of course lah kan. takpe lama - lama hafal lah tu.

penolong kanan pentadbiran. very kind man. peraturan sekolah, waktu sekolah and macam-macam lah yang dia brief dekat geng guru pelatih. nextnya dia ajak bawa ronda-ronda sekolah. carikan meja guru untuk kitaorang. then kenalkan kitaorang dengan guru pembimbing masing-masing. rajin kan dia berjalan. terima kasih cikgu pk!

guru pembimbing. act, he is our senior. batch legasi. our means aku dengan sharul. dia merangkap sebagai guru disiplin. garang juga lah tengok dia. so, aku dengan sharul kena belajar dan terlibat jadi guru disiplin katanya. nampaknya kenalah apply ilmu fasi survival. hihi. anyway, lepas brief pasal pbs pi ronda stor sukan pula. ada tiga stor tau kat sekolah ni. aku dapat satu kunci stor sharul dapat satu juga. tapi aku duduk stor tingkat atas. dah macam port main karom. takdalah semak. cuma nak upgrade kekemasan saja nanti. sharul yang kesiannya. kenapa. kitaorang saja yang tahu. tapi best. ada meja dekat bilik guru then ada meja dekat stor sukan. 

and yang paling bestnya, bila murid lalu depan tepi kite diorang ucap "Assalamualaikum Cikgu". ouchhhhh. semangat berkobar and bestnya. Alhamdulillah. semoga aku dapat murid - murid yang mempunyai akhlak dan baik-baik. kalau yang tak baik tu cikgu doakan kamu jadi baik-baik ye. 

salam untuk hari pertama.