Monday, February 20, 2012

Saya Dua Puluh Tahun Hari Ini

Assalamualaikum dan Hello readers :))

saya dua puluh tahun hari ini
20022012
it's my birthday.

Selamat Hari Jadi yang ke 20 untuk diri sendiri!! 
Alhamdulillah dan syukur dipanjangkan umur dapat sambut hari jadi lagi. Ehehe. 
Terima kasih kepada yang rajin menghantar ucapan sejak jam 12 tengah malam
sebelum dan selepas itu
pada mereka yang sanggup berjaga menunggu detik 12 malam tu
pada mamy, adik adik and family
pada dia yang buat suprise
pada bestfriend
pada roomate
pada geng geng taekwondo
pada sahabat sekelas
pada rakan rakan facebook

THANKS UNTUK DOA KALIAN


Terima kasih sekali lagi untuk yang doakan sempena hari jadi saya tahun ini. :)
Terima kasih banyak-banyak.
sayang semuanya :))

"Happy 20 Birthday Sayang"
serius terkejut bila balik dari training masuk masuk bilik
tengok gelap semacam ja pastu ada kek atas meja
siap lilin kena bakar pula tu
thanks juga pada mereka yang menjayakan suprise tu..
terima kasih awak 

"Happy Belated Besday AT03
PAE WA AJE NI DD <3"
meraikan hari jadi beramai-ramai
yeppi kek ni sedap sangat tapi makan sikit ja
sebab kena jaga berat badan
adeh, nasib badan :)


the family of vitex sport science
the new beginning of this semester


with love,
Diyana Tjuman

Sunday, February 19, 2012

Taekwondo Tournament : USIM, Negeri Sembilan

KEJOHANAN TAEKWONDO
PEMILIHAN PASUKAN IPT MALAYSIA
17 - 19 FEB 2012


Universiti Sains Islam Malaysia

Pembukaan untuk semester yang penuh keceriaan di wajah bunga-bunga bermekaran. *saja merapu* Hari itu fighter - fighter perempuan datang bertandang ke Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan untuk memberi sokongan kepada team fighter lelaki yang ada game dekat sana. So, kami pun topap - topap la fulus untuk perbelanjaan sekalian semata-mata nak memberi sokongan dekat diorang. Wee. Padahal dalam hati nak berjalan-jalan. Tapi disamping tu menyumbang suara juga arh. "upc, upc, upsi! upsi!"
Baiklah, antara gugurl yang terlibat, calon-calonnya adalah:

fin weight :)
didi

fly weight @ photographer of the day :)
ajie

bantam weight @ empunya canon dslr
paie

feather weight @ penambah semangat :]]
michie

light weight @ jumpa adik 
pida

welter @ empunya transport :))
ima

Ha, ada sorang lagi. Yang ni special punya. Boleh ditraining main heavy ni. Ngee~~~
^_______________^
atlet sprinter pwfttt..
nama diberi, lai lai
:))

credit to Paie Padi and Azirah for the 1001 pictures. Aha.


Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih dan jumpa lagi. 

Thursday, February 16, 2012

DETIK TERAKHIR KEM MASUM

aku suka sangat
sebab ada sedikit peningkatan fitness
berat dah stabil. hope until the tournament
walaupun injured dekat ibu jari kaki
moga moga sembuh sebelum tarikh tersebut


45KG!!!

TAPI SUDAH BERSEDIAKAH AKU?

Monday, February 13, 2012

Kem Masum 2012 ~ Taekwondo



Assalamualaikum dan Hello readers :)



Okay, nak cerita ni. Setelah sekian lama akhirnya aku berjaya juga melawan kehendak hati yang malas sangat nak turun training. Bukan sebab aku lari daripada masalah dan bukan juga SIBUK BERCINTA. Ya, ada segelintir yang menaikkan isu tersebut. Aku malas. Itulah jawapan yang terbaik. Lagi pun memang betul. Haha. Anyway itu semua kisah lama. Sekarang tak berperangai macam itu dah. I hope so dan kalian harus tahu ya. :) Even balik rumah aunty pun aku join hot-hot cousin pergi gym. Tak adalah malas sangat. Ngee~~

Kira macam diari kem masum lah ni erk. 


Sabtu, 11 Feb 2012 

Bermulanya training bagi aku yang dah satu semester tak turun padang. Itu sudah cukup memalukan budak sukan diri sendiri saja. Training tu macam kelas latihan juga lah. Masuk masuk saja dah kena sparring. Ambik kau. Warm-up pun takda. Ish3. Bukan apa, aku yang datang lambat. Kalau nak cerita pasal sparring tak habis arini. Cuma nak cerita kalau tak lembam, tak injured kat mana-mana bukan sukan tempur lah namanya kan. Baik main teng-teng. Tak luka, tak ini dan tak itu.



Ahad, 14 Feb 2012 

Hari recover diri. *tidur sajalah jawabnya* 



Isnin, 13 Feb 2012 

Bangun agak awal juga. First day kan. Siap siap nak pergi perhimpunan pagi. Apa yang best pagi pagi kita buat senamrobik dengan lagu Mr. Saxobeat. Wuhuuu. Semua sukan pun terlibat. Adalah yang handle senamrobik tu. Lepas perhimpunan, training mengikut sukan masing-masing. Pagi tu, pusing padang upsi dua round. *saje* tapi ikut line segi empat bukan line 400 meter okay. Nasib baik pinggang tak buat hal. Then, beralih pula ke gymnasium upsi. Training lebih kepada fitness. Seven hours non-stop. So, dah nampak tujuh jam tu tak payah tanya lah buat apa kan. Takkan main getah pula. Yang aku ingat je setiap aktiviti tu buat 3 set. Setiap satu set tu aku rasa 3 kali ulangan. Dah tak mampu mengira. 3x3=9. Aku ingat follow macam dalam jadual. Perhhh. Terbaik arh. *siyes* Sebab dah lama tak training kan. Sekarang ni pun hamstring, quadricep dan metatarsal dah sakit sakit. Belum campur dengan otot ke tulang tibia/fibula yang membengkak. But, aku tak kisah. Sebenarnya kekadang aku lagi suka rasa sakit ni. Kekadang aku rasa dengan bersukan aku boleh katarsis. Pwwffttt. Hihi. Tapi kesian kat member sorang, dah sampai retak retak jari dia. :(

Ha, satu lagi benda nak cakap. Aku tertarik dan terharu pada bunting yang tergantung dekat Pusat Sukan. Ouuchh. Rasa macam ditujukan untuk aku pula. Hihi. Feeling pula aku ni. Esok esok aku gambarlah dan story story lagi. 


Sekian sahaja daripada saya.
Diyana Tjuman.
*Azan Asar dah. Jom Sembahyang*

Sunday, February 12, 2012

Memang Kau Hipokrit

Assalamualaikum dan Hello Readers :))

Jari jemari rasa nak sangat menekan keyboard. Ini adalah entri sewaktu minggu ulangkaji pelajaran. Belum berkesempatan untuk post. Okay. Post ini tak ditujukan kepada sesiapapun. Aku bukanlah jjenis yang suka jaga tepi kain orang or kain dalam orang sangat pun. Fitnah itu berdosa, even mengata-ngata orang pun berdosa juga. Kita adalah insan. Kita adalah manusia. Even masalah-masalah kita adalah buatan manusia. Kita sendiri yang mencari masalah itu. Bila bebas kita mula nak cari masalah. Segala macam benda kita buat. Dan bila sudah bermasalah sibuklah kau nak mengeluh. 
Heyy, all people got problem okay.! Bukan kau sahaja. *kenapa tetiba cakap pasal masalah*

Menilai sesuatu masalah kecil atau besar tak sama untuk setiap orang. Ada yang merasakan sesuatu masalah itu kecil tetapi besar bagi yang lain. Anyway lain orang lain perspektifnya. Lain orang lain ragam. Itulah variasi dalam kehidupan. Tak sama. Walaubagaimanapun lihatlah masalah secara positif bukan dari sudut negatif. *aiseyman, dah bertambah matang kau sekarang ye.*

Ya, kita boleh cakap apa saja. Tapi bila dah kena dekat batang hidung sendiri. Baru tahu macam mana perasaan. Baru kau tahu macam mana perit dan sakitnya hati orang tu masa tu. Nak pula masa kau bersedih, teman-teman lah yang kau cari. Dari situ jugalah kau akan kenal siapa kawan dan siapa lawan. Aku nak pesan yang ni; Sometimes seorang kawan itu lebih bermakna daripada sepuluh orang kawan. Siyes tak tipu. Terima kasih kawan!

Tak lupa juga kepada kawan yang berjaya mengguris hati ini. Sesungguhnya experiences is the best teacher. You know that right. Sekali kau buat orang sakit hati kau tela melatihnya untuk menjadi lebih dewasa dan kenal erti kehidupan dan persahabatan yang sebenar. *berapa kali dan lah*



Maka dari itu, walau apa jua masalah ianya dapat diatasi oleh manusia. Tidak ada masalah dalam takdir manusia yang tidak terjangkau oleh manusia.

Firman Allah Taala, ayat 286:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Ya, manusia itu adalah manusia. Orang juga, bukan? Kalau ditanya setiap daripada kita, takkan ada seorang pun yang tak kata dia suka orang yang hipokrit. Tapi sebenarnya hipokrit itu memang lahir dalam sifat semulajadi diri kita. (Bandura, 1969). ^______________^

Samalah juga dengan yang lain. Ada tak yang suka kawan tikam dari belakang. Hakikatnya, kadang-kadang kita yang mengata belakang. Serius tak tipu untuk kali kedua, sebab saya pun terlibat dalam hal-hal seperti itu.

Tiada pencuri yang mengaku suka mencuri. Walaupun dia curi boyfriend kawan dia sendiri. Oh, sakitnya hati. Tapi kalau soal si dia yang mencuri hati tu, boleh dimaafkanlah ( tak lawak dan tak payah senyum ). Tiada seorang pun yang suka diumpat, tapi dia sibuk mengumpat orang lain. Ada tak pembohong yang suka orang tipu dia. Sudah tentu tidak.



Sekian sahaja daripada saya.
Diyana Tjuman.
*Mood: SKEMA dan sedang mengaplikasikan teori teori 3P.

.........

Friday, February 03, 2012

RESULT EXAM. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan Hello readers

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat saya berkongsi kegembiraan sekali lagi. Macam semester semester lepas, kebiasaannya aku suruh orang lain yang buka result aku tu. Alhamdulillah pointer kali ini naik walaupun tak macam awal semester dulu. Kata orang, itu sudah baik sebab ada orang dapat lagi tak elok daripada kau. Okay. Think positive. 

Sebenarnya, apa motif aku post entry nak bagi tahu pointer pointer semua ni. Eyalah nanti mesti ada yang terdetik dalam hati. Eih perempuan ini, mengada betul nak bagi tahu satu dunia dia dapat ... dan seterusnya. Aku post pun saja untuk suka suka. Tapi ada ke yang nak fikir camtu. Entah entah yang baca entri nih pun takda. Hehehe  =D



semester tiga
.
.
.


Short story : Mula-mula bila dapat tahu result, call mummy. Excited juga bagi tau. Sebab? Aritu exam belum start tapi mummy sudah kecoh call banyak kali tanya result terbaru dapat berapa. Nak tergelak juga. Entah dah berapa kali mummy call. Kesimpulannya, this is for you mom. Also for you daddy. Love you. Terima kasih juga pada mereka yang turut mendoakan kejayaan saya tak kiralah akademik, sukan atau sebagainya. Terima kasih atas sokongan kamu. Terutamanya Mom and Dad, adik-adik, macik pacik, sepupu sepapat, kawan kawan juga tidak ketinggalan si dia yang juga disayangi. *wink* Dan yang Maha Kuasa atas segalanya Allah swt. Semester ni merupakan sem yang lebih mencabar daripada sem sem lepas. Alhamdulillah semua masalah dapat diselesaikan dengan baik. Cuma ada beberpa perkara yang perlu diperbetulkan lagi. InsyaAllah. 


Sekian, terima kasih.
Nota kaki : sekejap saya sekejap aku. :)