Tuesday, May 31, 2011

Gadis : Tanda Kau Dah Terlalu Lama Single




Hari itu saya ada baca tentang entri ni. Agak kelakar juga tapi mungkin ada betulnya. Siapa tahu kan. Hihi.
okay, jom baca !

1) Kau rasa sedikit jealous bila kawan kau dapat sms/call daripada pakwe.
Saya tahu. Kau mesti cakap tidak kan? Kan? Mesti kau cakap kau tak kesah. Kau boleh hidup sorang-sorang. Takda lelaki pun kau boleh jalan dengan hidup kau. Pastu kau bagi alasan kau ada family, ada kawan-kawan. Hello itu lain tahu? Tapi taka pa, saya tahu jauh di sudut hati kecil kau tu mesti terselit perasaan nak ada pakwe juga kan? Cuma kau ego tak nak orang tahu, tapi awas kadang-kadang orang boleh detect  jugak bila tengok dari tingkah laku kau tu.
2) Mula menjinakkan diri untuk berhias
Alahai, bila kau dah terlalu lama single mesti kau aka nada satu perasaan nak berhias. Alah nak lawa-lawalah. Bukan apa, nanti sampai satu tahap kau mesti akan rasa tak ada orang yang nak kat kau, then masa tu lah kau mula berhias-hias, pakai make-up, dress up dan segala macam yang kau rasa boleh buat orang tertarik dengan kau. Yalah kau kan dah single, tak salah kalau kau nak test market kau. Semua orang berhak begitu jugak dengan kau.

3) Kau mula berasa tabah dalam kehidupan
Alah maklumlah kau kan hidup menbujang, perempuan pula tu. Mestilah kau akan rasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Kau tak kan peduli apa orang cakap sebab kau nak buktikan yang kau singe pun kau boleh hidup kan. Kau akan mula menceritakan ketabahan kau dalam melalui kehidupan single ini. Mana lah tahu ada lelaki yang terharu dengan cerita kau, lalu kau mendapat seorang pakwe. Hehe.
4) Berat badan kau makin naik
Hah, mesti kau tak percaya kan. Tapi tak mustahil boleh terjadi. Kau kan single ap kau kesah. Bukan kena jaga badan. Kau rasa tak perlu pun semua tu.
5) Internet menjadi teman setia kau
Bila dah single nak tengok henpon pun jadi malas. Bukan ada yang nak call ke mesej ke. Jadi kau pun surf lah internet kau mula cari kawan-kawan dekat situ. Kau kan single tak ada sapa nak marah kalau kau nak cari jodoh dekat situ sekali pun. Tapi aku nak ingatkan dekat kau jangan stalk ex-boyfriend kau dah la. Nanti kau yang makan hati tengok dia bahagia dengan awek baru.


Sabah: Dulu kamilah pemenang Unduk Ngadau


Sebelum tu, saya nak bagi ajar sikit.
Maksud saya, nak ajar loghat sabahan.
Hehe. Nak tunjuk dekat kamu semua saya ni pandai.
Yang simple-simple ja. 

limpas
*lalu
A  :bulih sia limpas?
     boleh saya tumpang lalu?
B  :limpas di dapan bah
     lalu kat depanlah.

bah
*sebagai kata penguat dan kadang-kadang bermaksud 'ya'
A  :Tolong beli nasi.
B  :Bah.

tuunaa
*kata arah dan tunjuk menggunakan mulut.(bibir dijuihkan atau dimuncungkan).semakin jauh,semakin panjanglah perkataan tersebut diungkapkan.
A   :Mana bapa kau?
      *Ayah awak katna?
B   :Tuuunaaa..
      *Kat situ/Tu.

limpang
*baring.
A   :sia maw limpang-limpang di sini lah.
      *saya nak baring kat sini.

bubut
*kejar
A   :Sia bubut kau sana.
      *Saya kejar awak kat sana.
B    :Janganlah bubut sia.
      *Janganlah kejar saya.

injak
*pijak
A   :Jangan injak kaki sia
      *Jangan pijak kaki saya

nda
*tidak
A   :kau mau makankah?
      *Awak nak makan ke?
B    :Nda la.
       *Tak nak lah.


Ha, sebenarnya saya nak cerita yang ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk post pon. Da agak lama jugak saya tak tengok pesta ni. Kalau dulu masa kecik-kecik tak pernah miss sebab apa? Dulu sekolah kitaorang selalu dijemput untuk buat persembahan tarian sumazau, tarian suku kaum kadazandusun. Memandangkan sekolah saya dulu sangat famous amos dengan tarian ni. Masuk pertandingan ja mesti dapat nombor satu. Sampai sekolah-sekolah lain pun agak gerun join pertandingan. Eya lah, sampai peringkat kebangsaan, kategori sekolah rendah lah. Lima tahun berturut-turut dapat johan since saya darjah dua hinggalah darjah enam. And sambung pula dengan generasi adik saya bertahan selama dua tahun. Memang tak boleh nak tanding dengan akak dia. Kikiki. Hurmm betapa keciknya saya masa tu. So, nampak tak keayuan saya dekat situ? Hihi. Bukan senang tau nak jadi penari ni. Banyak benda yang perlu dipelajari dan saya sangat bertuah kerana pernah belajar tarian tu. Terima kasih Cikgu! Specially to Puan Rosemay Chan Boik (Mantan Guru Besar) and Puan Johana Kong (PK Koku).




Salah satu news yang saya rajin nak scan. Okay untuk menunjukkan saya ingat rakan-rakan penari dulu saya listkan balik nama diorang
Dari kiri : Norjali, Mastina, Fredyster, Diyana (saya), Badri, Rosniza.

Yeah, i remember okay. Ni bermakna daya ingatan or memori jangka masa panjang saya masih berfungsi dengan excellent. 


Nak tahu mana saya. Sila cari budak yang kelihatan sedikit mengada-ada tapi cute. :))
itulah saya.

p/s: Saya bangga kerana pernah mengaharumkan nama sekolah since sekolah rendah. I Love SK Kituntul Ranau.





Aktiviti Saya : Keluar

Assalamualaikum dan Hello 
:)

Aktiviti kelmarin saya keluar jalan-jalan dengan (sebut satu-satulah)
aunty and uncle
abg chacha, alfi and tyra
dan seperti beberapa gambar untuk tatapan.
Haha. Macam ada je orang nak tengok.
Tapi saya tak kesah pon, sebab ini blog saya yang punya.
Saya nak letak apa pun, saya punya suka lah kan.
Hehe. :))




Muka saya nampak tembam. Adoi.


Kepala transformer.

Gambar ni diambik untuk menjeleskan kazen dekat tawau. Adik Mamat.

Budak ni kawaii. Tyra panggil dia taknak layan pon. Tapi bila saya kuarkan kamera terus datng dekat.
Siap peluk-peluk lagi.

 ini cousin saya. badan dia da macam bonzer.





Saya tak nak cerita panjang-panjang. Apa yang penting, aktiviti ni sangat memenatkan sebab sambil keluar berjalan-jalan kitaorang juga bersenam. Untuk mencapai tahap seseorang yang normal dia perlu berjalan ataupun melangkah sebanyak 10K. Tapi rasanya da lebih. Fuhh, serius lenguh kaki. Rasa macam nak pakai selipar jepun pun ada. Konklusinya, objektif kami tercapai. :))



Friday, May 27, 2011

Story: Kalau Perempuan Cantik dengan Tak Cantik. Lelaki?

Assalamualaikum dan Hello :))
Ingat lagi tak entri saya Bila Lelaki Handsome dulu. Kalau nak tahu, ini kesinambungan daripada cerita tu.

Apa pendapat korang?


photo by google

:D

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: Wow! Ciri-ciri isteri idaman.
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: Sudah la tak cantik tak reti berkomunikasi agaknya.

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Mesti ada krisis ni. Kesiannya.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Sudah la tak lawa,perangai pulak macam sial!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Wow! Heroin sejati.
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Hmm.. taktik nak ngorat la tu.

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Ok la bagai pinang di belah dua.
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Kesian, mesti dah kena bomoh lelaki tu.

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betol mamat tu!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pon kena reject.

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Entah dato' mana bela ni.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Mesti anak org kaya ni.

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Wah. Caringnya.
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Eleh, gedik la tu.

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit-sikit nangis! Gembeng betol. Ngada-ngada lah.

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Sudah lah lawa, pandai masak pula tu.
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Entah sedap ke tidak tu.

Kalau perempuan cantik main-main miskol
Lelaki akan kata: Syoknya!! Rindu lah tu.
Kalau perempuan tak cantik main-main miskol
Lelaki akan kata: Ko ni takda keje lain ka??! Sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari-hari
Lelaki akan kata: Sukanya!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari-hari
Lelaki akan kata: Asyik-asyik email dia. Boring!

Kalau perempuan cantik main mata
Lelaki akan kata : Pergh, dia syok kat aku kot.
Kalau perempuan tak cantik main mata
Lelaki akan kata: Eerkk gatalnyer pompuan ni.

Kalau perempuan cantik membebel
Lelaki akan kata: Kenapa nie sayang.? I ada buat salah ke?
Kalau perempuan tak cantik membebel
Lelaki akan kata : You ni membebel jew keje nya? Tak penat ka.

Kalau perempuan cantik merajuk
Lelaki akan kata : Meh sini I pujuk. tadaa!! Ada present untuk you.
Kalau perempuan tak cantik merajuk
Lelaki akan kata: Lantak ko lah. Malas aku nak pujuk.

Bila perempuan cantik takda duit
Lelaki akan kata: Nah, guna duit I nie. Tak payah bayar ok.
Bila perempuan tak cantik takda duit
Lelaki akan kata : Sorry, I pun tengah kering nak bagi pinjam kat you.

Bila perempuan cantik terjatuh
Lelaki akan kata: Sini I tolong angkatkan you.
Bila perempuan tak cantik terjatuh
Lelaki akan kata: Ahh, dah jatuh tak reti-reti nak bangun sendiri.

Bila perempuan cantik pakai seksi
Lelaki akan kata: Perggh! 100% hot! Terbaik dari ladang.
Bila perempuan tak cantik pakai seksi
Lelaki akan kata : Alah, harap body ja lawa. Muka? Hmm…

Kalau perempuan cantik main kayu tiga
Lelaki akan kata: Muka lawa. Patut lah.
Kalau perempuan tak cantik main kayu tiga
Lelaki akan kata: Tak padan dengan muka tak lawa. Jantan nak ramai.

Kalau perempuan cantik rajin buat kerja
Lelaki akan kata : Untung sapa dapat, sejuk perut ibu mengandung
Kalau perempuan tak cantik rajin buat kerja
Lelaki akan kata: Nak tunjuk rajin lah tu, ermm..

Kalau perempuan cantik perpendidikan tinggi
Lelaki akan kata: Entah dia pandang aku ke tak, dah la cantik, pandai pulak tu..
Kalau perempuan tak cantik perpendidikkan tinggi
Lelaki akan kata: Nasib baik ada pelajaran kalau tak.

Nota Si Kecik : Mesti korang fenin-fenin baca entri ni kan. Hihi. Kalau suka jangan segan nak share okay. :)
keep in touch, DiyanaTjuman

Thursday, May 26, 2011

Salah Potong


Teringat Masa Dulu

Kejadian dalam makmal biologi. Suka sangat nak memotong, nak membedah sampai tersalah potong sudah. Kesian kat Mr. Rat. Al-Fatihah. Tapi memang tikus itu akan jadi korban sebab tak ada harapan pun hidup. Serius tak tipu. Tanyalah kat budak-budak yang lain. :))




Tengok berapa banyak jarum aku cucuk. Sampai boleh dengar dan rasa 'crack' tulang mr. rat. Korang nampak tak? Aku tergunting rib cage dia. Excited sangat nak membedah. Hukhukhuk.
Bila sample sudah tak berapa nak lawa juga sidikit rosak, aku pun passing kerja tu dekat orang lain.
So partner aku pun jalankanlah tugas beliau. :)




Semua organ mr.rat perlu dikeluarkan. Sebelum tu kita orang sempat rasa jantung dia still berdegup-degup.
Ada jantung, ada hati, ada intestines. Ingat lagi tau! Lepas tu, kena kupas pula kulit dia. Hek3. Bila tangan aku masuk campur balik. Agak-agak korang apa akan jadi?




:(




Si tukang bedah. 


Dulu Belajar Saja


Assalamualaikum dan Hello 


Dulu masa belajar dekat Kolej Matrikulasi Labuan, saya study saja. Tapi macam tak pandai-pandai juga. Haha. Adakah patut kau cakap macam itu. Astagfirullah.
Biarlah gambar menceritakan segalanya.



Ha itu dia. Buku makmal kimia bersama kalkulator tercinta. Tanpa kau tak pandailah aku dalam matematik. Tapi kalau aku salah tekan pun kau bukan reti nak bagi tahu. Lepas tu, buku tutorial matematik. Aku suka kira-kira. Dalam fail pink tu, semua soalan-soalan matematik. Aku selalu kena denda gara-gara subjek ni, ya lah macam mana tak kena denda tak siapkan kerja tutorial. Memang tebal mukalah. Tak boleh kira da berapa kali kena denda. Hihi. Gambar ke-3, gambar buku teks matematik yang aku beli. Tak baca pun tengok-tengok saja.



Tengoklah betapa malasnya aku sekarang ni, nak rotate gambar pun susah. *Macam penting sangat. Okay, first, Revive dan Jam. Kalau nak study saja mesti ada minuman dan makanan. Tak bestlah kalau tak makan-makan. Second, suppliments aku. Masa nak exam barulah aku sibuk nak makan. Bukannya nak amalkan pun. Last, kertas kajang dan juga pen. Mestilah untuk aku menulis.


Wednesday, May 25, 2011

Encik Google 8


Just Make It Simple

Google Mirror
jom kenakan kawan korang !!
ikut langkah dibawah.

Langkah satu:
Google dan taip google mirror.



















Hasilnya :)








Encik Google 7


Just Make It Simple

Google Translate
semua bahasa korang boleh tukar
tak susah

Langkah satu:
Google translate.

















Langkah dua:
Pilih bahasa.

















Langkah tiga:
Taip ayat dan klik pada butang translate.

















Encik Google 6


Just Make It Simple

Define:____
Cari maksud yang korang tak tahu.
Ikut langkah dibawah.


Langkah satu :
Google



















Langkah dua :
Taipkan Define diikuti dengan noktah bertindih.




















Langkah tiga :
Taipkan maklumat yang korang nak cari. Saya pilih love.



















Hasilnya :)
























Encik Google 5


Just Make It Simple

site: ____

Cara ini, korang boleh cari websites tertentu seperti 
education - edu
organisation - org
network - net
dan macam-macam lagi.

jadi macam ini,

site:edu
ikut langkah dekat bawah

Langkah satu :
Google


















Langkah dua :
Taip maklumat yang korang nak cari. Saya pilih, taekwondo.


















Langkah tiga :
Taipkan site ataupun laman.

















Hasilnya :)
























Encik Google 4


Just Make It Simple

filetype: _____

Cara keempat ni, korang boleh cari file seperti
powerpoint - ppt
document - doc
movie - mv
portable document format - pdf


jadi macam ini,

filetype:pdf
ikut langkah dekat bawah

Langkah satu :
Mesti google dulu.


















Langkah dua :
Taip maklumat yang korang nak cari. Saya pilih, biomechanics.



















Langkah tiga :
Taip jenis fail.



















Hasilnya :)
























Encik Google 3


Just Make It Simple

Shift + \
Tak tahu? I tunjukkan macam mana.


Dengan menggunakan cara ni, korang boleh cari 2 maklumat dalam 1 masa juga dalam bahasa yang berlainan.
Ikut langkah-langkah dibawah:

Langkah satu :
Google


Langkah dua :
Taip maklumat yang korang nak cari. Saya pilih, ayam|chicken

Hasilnya :)